Lee Sung Kyung siap sedia rilis lagu solo terbarunya 13 Disember 2023

Lee Sung Kyung, diketahui bersedia untuk membuat penampilan sulung sebagai penyanyi solo. Beliau mempunyai vokal yang kuat untuk kerjaya sebagai penyanyi. Kebolehannya mempamerkan kemahiran menyanyi sering menjadi bualan hangat netizen.  Bukan sahaja berkemampuan bernyanyi dengan vokal yang mantap, bahkan Lee Sung Kyung juga mampu menari dengan baik.

Pada 6 Disember, Lee Sung Kyung telah mengejutkan peminat dengan pengumuman single digitalnya yang akan datang, ‘Eat Sleep Live Repeat,’ yang akan dikeluarkan pada 13 Disember KST, seperti yang didedahkan oleh YG Entertainment.

Tajuk ‘Eat Sleep Live Repeat’ boleh dikaitkan dengan ramai orang kerana ianya adalah rutin harian kita semua, dan secara tidak langsung turut mengundang pendengar untuk merenung detik-detik harian tetapi penting dalam hidup. Memandangkan kebolehan Lee Sung Kyung untuk berhubung dengan penonton melalui penggambaran wataknya yang pelbagai, muziknya dijangka membawa satu lagi naratif yang menarik.

Anda bukan sahaja dapat melihat kedalaman emosi unik Lee Sung Kyung, tetapi juga potensinya yang tidak terhad sebagai penghibur yang berbakat.

– YG Entertainment

Melihat kepada poster single digital yang dikeluarkan oleh agensinya pada hari ini menarik perhatian dengan suasananya yang hangat namun sunyi. Lee Sung Kyung, yang sedang duduk di atas sofa yang selesa, memandang ke suatu tempat dengan ekspresi yang seolah-olah sedang berfikir secara mendalam, meningkatkan lagi rasa ingin tahu tentang lagu itu.

Single digital Lee Sung Kyung ‘Eat Sleep Live Repeat’ dijadualkan untuk rilis pada 13 Disember jam 12 tengah hari, menandakan satu lagi kejayaan dalam kerjayanya yang pelbagai bidang. Dengan kehadirannya yang semakin meluas dalam pelbagai aspek, termasuk lakonan, OST dan program muzik, peminat boleh menjangkakan dunia muzik unik yang akan dihidupkan oleh Lee Sung Kyung dalam single debutnya yang akan dirilis kelak.

Untuk pengetahuan, Lee Sung Kyung memulakan kerjaya pada tahun 2008 sebagai model. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2014, memainkan peranan sokongan dalam siri drama SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014). Beliau terkenal dengan wataknya dalam drama “Cheese in the Trap” (2016), “Doctors” (2016), “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo” (2016),  dan “Dr Romantic 2” (2020), “Shooting Star” (2022), “Dr Romantic 3” (2023) serta filem “Love +Sling” (2018) dan “Miss & Mrs. Cops” (2019).

Ini merupakan kolaborasi penyanyi Loco dan Lee Sung Kyung bertajuk “Love” yang telah dirilis pada 2021. Jom saksikan bersama.

Sumber : 1 |

loading...