RM, Jimin, V dan Jungkook BTS dah mula proses pendaftaran tentera wajib

Nampaknya ahli BTS yang sedia ada kini sudah memulakan proses pendaftaran khidmat tentera wajibnya masing-masing. Label BTS, BIGHIT MUSIC telah mengeluarkan kenyataan mengenai proses pendaftaran tentera untuk RM, Jimin, V dan Jungkook BTS.

Pada 22 November, BIGHIT MUSIC mengeluarkan kenyataan berikut di Weverse:

Hello.

Ini BIGHIT MUSIC.

Kami ingin memaklumkan kepada peminat bahawa RM, Jimin, V dan Jungkook telah memulakan proses pendaftaran tentera.

Masing-masing sedang bersiap sedia untuk menunaikan perkhidmatan tentera wajib mereka. Kami akan memaklumkan kepada anda berkenaan kemas kini selanjutnya dalam masa terdekat.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan berterusan anda kepada RM, Jimin, V, dan Jungkook sehingga mereka menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan kembali dengan selamat. Syarikat kami tidak akan pernah lelah berusaha untuk memberikan sokongan kepada artis kami.

Terima kasih.

Terdahulu pada bulan September, BIGHIT MUSIC secara rasmi mengumumkan bahawa Suga adalah ahli ketiga BTS yang mendaftar masuk menjalani khidmat tentera selepas Jin dan J-Hope.

Doakan yang terbaik untuk ahli BTS sepanjang perkhidmatan tentera mereka!

loading...