Chansung 2PM akan sertai Kim Hee Sun & Lee Hye Young untuk drama MBC terbaru

Chansung 2PM akan menyertai barisan pelakon “Our Home” (tajuk kerja) yang akan bersiaran dirangkaian MBC.

Pada 21 November, agensi Chansung; L. July Entertainment mengumumkan bahawa Chansung akan membintangi drama baharu “Our Home.”

“Our Home” imerupakan sebuah drama komedi hitam yang mengisahkan watak utama Noh Young Won, yang diiktiraf sebagai ahli psikologi keluarga terbaik di Korea. Kerjaya dan keluarga Noh Young Won terancam selepas menerima ugutan daripada individu yang tidak dikenali. Untuk melindungi keluarganya, Noh Young won akan bekerjasama dengan ibu mertuanya, seorang penulis novel misteri Hong Sa Gang.

Changsung akan memainkan watak Noh Young Min, adik kepada Noh Young Won yang mempunyai sifat kebudak-budakan, berbeza dengan kakaknya yang merupakan seorang kaunselor keluarga terkenal di Korea.

Chansung berkongsi perasan mengenai projek baharunya, “Drama ‘Our Home’ mempunyai skrip dengan cerita baru dan dialog yang penuh dengan chemistry yang hebat. Walaupun saya mempunyai jangkaan yang tinggi kerana saya dapat bekerja dengan pelakon senior yang hebat yang sentiasa saya hormati, ia adalah projek yang membuatkan saya serius memikirkan bagaimana saya boleh melakukan yang lebih baik. Jangkaan saya semakin meningkat dari hari ke hari kerana saya memperoleh sinergi yang lebih baik dengan berinteraksi dengan pelakon di set daripada mempelajari skrip sendirian semata-mata.”

“Our Home” baru-baru ini memulakan penggambaran dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2024.

Sumber : 1

loading...