Park Bo Young dan Choi Min Sik dilamar bintangi drama terbaru penulis “Our Beloved Summer”

Park Bo Young dan Choi Woo Shik dikhabarkan akan berlakon bersama dalam drama terbaru yang bertemakan romantik komedi.

Pada 17 November, STARNEWS melaporkan bahawa Park Bo Young telah dilamar untuk membintangi drama yang akan datang dalam drama ‘Romantic Movie’ (tajuk literal).

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Park Bo Young; BH Entertainment berkongsi, “Park Bo Young telah menerima tawaran untuk drama baharu ‘Romantic Movie’ dan sedang menelitinya secara positif.”

Pada bulan Oktober, STARNEWS juga melaporkan Choi Woo Shik sedang berbincang untuk membawakan watak utama lelaki. Bagaimanapun, agensi Choi Woo Shik masih belum mengulas mengenai laporan tersebut.

“Romantic Movie” menyelami kehidupan individu muda yang terbiasa sentiasa berpura-pura baik-baik saja biarpun menghadapi kesusahan. Kini, mereka bercita-cita untuk merasai nikmat cinta dan memenuhi impian mereka, namun mereka terpaksa berdepan dengan kesukaran yang datang berulang kali. Walaupun kesan awalnya mempunyai nada yang muram, drama ini adalah percintaan lucu yang ditulis oleh Lee Na Eun, penulis skrip “Our Beloved Summer.”

Park Bo Young dilaporkan sedang mempertimbangkan peranan Kim Moo Bi (juga dicirikan sebagai “Movie” dalam bahasa Korea), yang bermula sebagai penolong pengarah dan akhirnya menjadi pengarah filem. Mengikut jejak langkah bapanya, yang bekerja sebagai kakitangan filem tetapi memendam impian menjadi pengarah, Kim Moo Bi secara senyap mengasah kemahirannya dalam industri perfileman.

Choi Woo Shik dilaporkan telah ditawarkan watak utama lelaki Go Gyeom, bekas pelakon tambahan yang menjadi pengkritik filem. Bermimpi untuk menonton setiap filem di dunia, takdir Go Gyeom membawanya bertemu Kim Moo Bi di set, dan akhirnya membawa kepada takdir yang saling berkaitan sebelum memulakan kisah cinta mereka.

Drama Korea terakhir lakonan Choi Woo Shik ialah ‘Our Beloved Summer’ bersama Kim Da Mi yang ditayangkan pada 2021/2022. Manakala, Park Bo Young membintangi  ‘Daily Dose of Sunshine’ yang diadaptasi daripada Webtoon dan kisah benar seorang pakar psikiatri yang kini sedang bersiaran di Netflix.

Nantikan kemaskini selanjutnya mengenai drama ini dan barisan pelakonnya.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4

loading...