Han Ji Min Dan Lee Joon Hyuk sah terajui drama romantik baharu

Han Ji Min dan Lee Joon Hyuk akan menerajui drama SBS yang akan datang “Acquaintances” (tajuk kerja)!

Pada 17 November, SBS secara rasmi mengumumkan bahawa kedua-dua pelakon itu telah disahkan sebagai peneraju utama “Acquaintances,” yang kini menyasar untuk tayangan perdana pada 2024.

“Acquaintances” (tajuk kerja) ialah drama percintaan romantis mengisahkan Ji Yoon (Han Ji Min), seorang CEO syarikat headhunter yang keras kepala dan sangat cekap dalam kerjanya. Syarikat ini beroperasi dalam pencarian tenaga kerja untuk sesebuah jawatan bagi syarikat yang menjadi pelanggan mereka dan Ji Yoon telah berjaya membawa syarikatnya ke peringkar yang lebih tinggi dalam tempoh 5 tahun. Disebabkan dia telah mencurahkan seluruh tenaga untuk pekerjaan, Ji Yoon sangat kekok ketika melakukan urusan lain

Dia mempunyai setiausaha bernama Eun Ho (Lee Joon Hyuk), seorang lelaki yang sangat cekap bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga dalam menguruskan kehidupan seharian. Pendek kata, Eun Ho boleh diharapkan dalam semua aspek. Eun Ho juga merupakan seorang bapa tunggal yang mempunyai budi pekerti yang sempurna dan personaliti yang mesra. Perhatian dan kehangatan Yoo Eun Ho sedikit demi sedikit akan membuatkan Kang Ji Yoon sembuh dari luka yang ada di hatinya.

Dengan pengesahan pelakon Han Ji Min dan Lee Joon Hyuk, kami telah mencapai gandingan romantis yang sempurna, dan kami tidak dapat meminta lebih. Malah pihak produksi juga tidak sabar untuk melihat sejauh mana keserasian dan sinergi yang bakal dihasilkan oleh kedua-dua pelakon menerusi drama ini.

– Penerbit “Acquaintances”

Nantikan kemaskini selanjutnya mengenai drama ini.

Sumber : 1

loading...