Kim Tae Ri, Shin Ye Eun, Ra Mi Ran & Moon So Ri disatukan dalam drama terbaru tvN

tvN mempersembahkan drama baharu rangkaian tersebut “Jeong Nyeon” yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Kim Tae Ri, Shin Ye Eun, Ra Mi Ran, dan Moon So Ri!

Pada 16 November, tvN berkongsi, “‘Jeong Nyeon,’ adalah drama berdasarkan Naver Webtoon dengan tajuk yang sama. Webtoon tersebut menjadi popular kerana ianya berkonsepkan topik baharu dan produksi luar biasa, ia akan dipersembahkan kepada penonton menerusi tvN. Kami akan memulakan penggambaran dengan tujuan penyiaran tahun depan”.

Berdasarkan webtoon, “Jeong Nyeon” berlatarkan tahun 1950-an dan mengisahkan Yoon Jeong Nyeon (Kim Tae Ri), seorang gadis muda dari Mokpo yang tidak mempunyai wang atau pendidikan tetapi dilahirkan dengan bakat nyanyian yang luar biasa. Drama bersejarah itu mengikuti kejadian yang berlaku apabila Yoon Jeong Nyeon menyertai sebuah syarikat teater tradisional wanita untuk mencapai impiannya menjadi kaya.

Kim Tae Ri akan memainkan watak Yoon Jeong Nyeon, seorang gadis pansori (genre teater muzikal Korea) yang datang ke Seoul seorang diri dari Mokpo untuk menjadi pelakon opera melalui teater tradisional Korea.

Shin Ye Eun akan memainkan watak Heo Young Seo, seorang yang mempunyai kebolehan yang kuat dalam menyanyi, menari dan berlakon serta mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Dia kemudian menjadi pesaing kepada Yoon Jeong Nyeon.

Ra Mi Ran pula akan membawakan watak Kang So Bo. Beliau merupakan pengarah syarikat Teater Maerang yang mempunyai karisma dan personaliti yang tegas.

Sementara itu, Moon So Ri akan memainkan peranan istimewa sebagai ibu Yoon Jeong Nyeon, Seo Yong Rye, yang merupakan penyanyi pansori yang genius tetapi telah menguburkan masa-masa indahnya selepas bersara dan membesarkan Jeong Nyeon seorang diri.

Nantikan lebih banyak kemas kini berkaitan “Jeong Nyeon”!

Sumber : 1

loading...