Lee Minho pilih digandingkan bersama bintang Fast & Furious 9, Anna Sawai di dalam drama Apple TV ‘Pachinko’

Image may contain: 2 people, closeup

Lee Min Ho mengesahkan penglibatannya di dalam terbaru terbitan cenel tv Amerika Syarikat, Apple TV, ‘Pachinko’.

Drama ‘Pachinko’ yang akan memulakan penggambaran mulai minggu depan ini, adalah berjumlah lapan episod dan berkisarkan tentang impian empat generasi keluarga berketurunan imigran Korea yang menghadapi perjalanan hidup dari Korea ke Jepun dan Amerika Syarikat. Ia diadapatasikan daripada novel dengan judul yang sama yang pernah menjadi finalis Anugerah Buku Kebangsaan pada tahun 2017.

Lee Min Ho akan membawa watak Hansu, serang pedagang kebingungan yang mempunyai hubungan dengan yakuza manakala Anna Sawai pula akan memegang watak Naomi, seorang pekerja yang dihormati di dalam bidang kewangan yang didominasi ramai kaum lelaki. Turut membintangi drama ini termasuklah Kim Minha sebagai Sunja, wanita muda yang terpaksa hidup berdikari di negara yang asing baginya, dan Jin Ha sebagai Solomon, lelaki terpaksa memperbetulkan kesilapan keluarganya pada masa lalu.

‘Pachinko’ akan diarahkan dua orang PD berbeza, Kogonada untuk empat episod terawal dan Justin Chon untuk baki empat episod terakhir. Soo Hugh (The Terror, Apple’s See) bakal menjadi penulis skripnya. Ia dirancang untuk tayangan menjelang tahun hadapan.

Sumber: hollywood reporter

loading...