Senarai pemenang Buil Film Awards 2023 – ‘Concrete Utopia’ dominasi kemenangan

Buil Film Awards 2023 merupakan anugerah untuk industri filem Korea yang mana berperanan dalam memberi penghormatan kepada mereka yang terbaik dalam kategori filem tahun ini!

Pada 5 Oktober, akhbar harian Busan Ilbo yang berpangkalan di Busan menganjurkan anugerah filem tahunan ke-32. Sebanyak 222 filem Korea yang dikeluarkan antara 11 Ogos 2022 sehingga 10 Ogos 2023, layak menerima anugerah dalam 16 kategori. Tahun ini, pelakon Esom diberi tugas sebagai pengacara majlis tersebut.

Nampaknya kali ini filem “Concrete Utopia” dipilih sebagai Best Film. Menerusi filem yang sama juga Lee Byung Hyun dinobatkan Best Actor, Park Bo Young pula memenangi kategori Popular Star Award dan Cho Hyeong Rae membawa pulang anugerah Best Cinematography.  Kim Seo Hyung pula dipilih sebagai Best Actress menerusi “Green House”. Manakala, filem debut lakonan Kim Seon Ho “The Childe” nampaknya membawa tuah kepada pelakon itu selepas memenangi Best New Actor atas lakonannya yang cukup mengagumkan. Selain itu, D.O dipilih sebagai pemenang kategori Popular Star Award menerusi filem angkasawannya “The Moon”.

Jom semak senarai penuh pemenang Buil Film Awards 2023

Best Film: Concrete Utopia

Best Director: Jeong Joo Ri (Next Sohee)

Yoo Hyeon Mok Film Arts Award: Bae Doona

Best Actor: Lee Byung Hun (Concrete Utopia)

Best Actress: Kim Seo Hyung (Green House)

Best Supporting Actor: Kim Jong Soo (Smugglers)

Best Supporting Actress: Go Min Si (Smugglers)

Best New Director: Lee Ji eun (‘Secret Hill’)

Best Screenplay: Kim Se In (The Apartment with Two Women)

Best New Actor: Kim Seon Ho (The Childe)

Best New Actress: Kim Si Eun (Next Sohee)

Best Cinematography: Cho Hyeong Rae (‘Concrete Utopia’)

Art/Technical Award: VFX Jin Jong-hyeon (‘The Moon’)

Best Music: Dalparan (‘Ghost’)

Popular Star Award (Male): Do Kyung Soo (The Moon)

Popular Star Award (Female): Park Bo young (Concrete Utopia)

Tahniah kepada semua pemenang!

Sumber : 1

loading...