[Terkini] JYJ secara rasmi jadi kumpulan duo sama seperti TVXQ setelah Park Yoo Chun diusir keluar

C-Jes Entertainment hari ini mengambil pendirian untuk membatalkan kontrak perjanjian dengan Park Yoo Chun setelah sepuluh tahun berkhidmat dengan selebriti tersebut.

Pendirian ini diambil berikutan pendedahan bahawa Park Yoo Chun telah didapati positif menggunakan dadah berpandukan ujian dilakukan ke atas bulu atau rambutnya. Ini bermakna, C-Jes tidak akan lagi akan bertanggungjawab terhadap apa-apa aktiviti melibatkan Park Yoo Chun pada masa hadapan sekiranya mahkamah membuktikan dia tak bersalah sekali lagi dan Park Yoo Chun tak boleh lagi bernaung di dalam kumpulan JYJ yang dianggotainya bersama dengan Kim Jaejoong dan Kim Junsu. JYJ secara rasmi menjadi kumpulan duo sama seperti TVXQ, kumpulan asal yang dianggotai mereka bertiga sebelum ini.

Baca lagi : Tak cukup lagi bakal meringkuk dalam lokap, Park Yoo Chun disaman pula mangsa kes rogol sebanyak 100 juta won

Changmin dan Yunho serta JYJ sewaktu di zaman kegemilangan mereka. Mereka pernah bersama sebagai lima orang ahli TVXQ suatu masa dahulu.

“Kami percaya atas pengakuan tidak bersalah dibuat oleh Park Yoo Chun dalam sidang media lalu. Ketika meneliti siasatan, kami mendapati Park Yoo Chun positif menggunakan dadah. Ia sesuatu yang betul-betul mengecewakan. Seperti dijanjikan Park Yoo Chun, dia akan bersara daripada dunia hiburan sepenuhnya. Kami akan membatalkan segala aktiviti kami rancangkan untuknya pada masa hadapan dan ikuti keputusan dibuat oleh mahkamah ,” kata jurucakap agensi tersebut.

Park Yoo Chun diakui sebagai selebriti kpop yang agak versatil selain memiliki rekod lakonan yang mantap dalam kalangan penyanyi idol. Antara lakonan drama beliau diingati menerusi drama Rooftop Prince, Sungkyunkwan Scandal, 3 days dan filem Haemoo yang menaikkan status beliau sebagai aktor berbakat. Haemoo menyebabkan beliau menyapu bersih anugerah Best New Actor di Grand bell Film Awards , Blue Dragon Film Awards dan Paeksang Art Awards.

Sumber : sport chosun

loading...