Coretan seharian bersama si manis berlesung pipit Kim Seon Ho di [ONE, TWO, THREE. SMILE] in KUALA LUMPUR

Kim Seon Ho seseorang yang mempunyai personaliti yang ceria, mesra serta menyenangkan, senyuman yang manis, dan pandangan yang mendamaikan pasti akan membuatkan anda jatuh hati padanya. Kesempatan bersua secara langsung di sidang media dan pertemuan bersama peminat kami abadikan menjadi satu kenangan yang terindah. 

Kuala Lumpur, 18 Ogos – Sidang akhbar telah diadakan untuk menerima kedatangan bintang popular Korea Selatan, Kim Seon Ho sejajar dengan jejalah Asia beliau – 2023 KIM SEON HO ASIA TOUR in KUALA LUMPUR [ONE, TWO, THREE. SMILE]. Seon Ho menjelaskan beliau begitu teruja dengan kemahiran Bahasa Korea yang cukup baik dan turut mengakui bahawa sebutan yang begitu jelas dalam kalangan peminat Malaysia membuatkan beliau ingin berusaha dengan lebih baik untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia. Namun, paling utama, Seon Ho menjelaskan senyuman peminat menjadi dorongan utama yang memberinya semangat untuk menjadi seorang pelakon yang lebih baik dan pada masa yang sama untuk bekerja dengan lebih keras.

Apabila ditanya tentang perihal peribadi beliau, mengetengahkan beliau hanya insan biasa di luar skrin. Menjelaskan lebih senang untuk bersenam seperti mengangkat berat, beliau juga turut berkongsi bahawa dirinya merasakan perlu meningkatkan keupayaan untuk membaca. Oleh itu, banyak masa yang terluang digunakan untuk membaca. Ini adalah kerana demi memastikan beliau mampu menghafal skrip dengan lebih baik dan juga lebih cepat. Selain itu, waktu lapang beliau turut diisi dengan aktiviti seperti membersihkan rumah. Ketika sidang media, kelihatan Seon Ho lebih berhati-hati dan menjaga tingkah-laku yang mana ianya cukup berbeza kerana saat bersama peminat, beliau lebih bersahaja serta mempamerkan peribadi diri beliau yang begitu polos.

Sepanjang acara berlangsung, Seon Ho memperlihatkan sisi yang begitu mesra, di samping ketawa riang yang amat comel dan tidak dinafikan keperihatinan beliau terhadap Seonhohada yang disayangi. Kelihatan beliau mengambil serius setiap perilaku, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan usaha untuk merapatkan diri dengan peminat tidak diambil mudah walaupun seminit. Gigih berusaha menambat hati peminat yang hadir, malah tidak ada seorang pun yang kering gusi dengan keletah bersahaja beliau. Boleh dikatakan setiap yang hadir, sentiasa tersenyum dan tersentuh hati dengan Kim Seon Ho.

Beliau berusaha keras untuk mempelajari Bahasa Malaysia dengan serius dan ketawa apabila usahanya untuk berbahasa dibalas dalam Bahasa Korea oleh peminat. Tidak cemuh dengan sentiasa memuji kemahiran Bahasa Korea dalam kalangan peminat beliau. Sesi pertemuan peminat beliau ini sentiasa dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan malah, sisi komedi beliau turut jelas apabila sepanjang acara dipenuhi dengan gelak ketawa beliau dan juga peminat yang hadir. Tidak jauh berbeza seperti pertunjukan komedi yang tidak boleh dilupakan oleh peminat yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Apabila ditanya oleh pengacara buat peminat mengenali beliau dengan lebih lanjut, beliau berkongsi tiga keperluan utama seharian beliau adalah, fon telinga dengan wayar (kerana tidak perlu mengecas), Ipad dan minyak wangi. Bagi beliau minyak wangi adalah suatu perkara yang penting dalam rutin hariannya kerana beliau seorang yang aktif bersenam dan pada masa yang sama, masih ingin mengekalkan kesegaran dan bau yang wangi. Namun, beliau menjelaskan tidak mahu berkongsi wangian kesukaan buat masa kini kerana tidak mahu membebankan peminat yang sentiasa berusaha untuk membuatkan beliau gembira. Cukup sekadar senyuman yang menghangatkan untuk beliau kekal bersemangat.

Selain itu, beliau turut berkongsi bahawa beliau suka untuk berjalan apabila mempunyai masa yang terluang. Mempercayai berjalan kaki adalah suatu penyelesaian untuk menangani sebarang masalah ataupun juga, kegembiran dan kesedihan yang dihadapi oleh beliau. Beliau turut beranggapan bahawa berjalan kaki membantu beliau merenung tenang keadaan beliau dan turut menggalakkan para Seonhohada untuk mengamalkan tabiat berjalan kaki untuk kekal sihat.

Selain berkongsi hal peribadi, majlis pertemuan peminat ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang kelakar bersama peminat. Sebagai contoh, melakukan lakonan semula beberapa babak popular dari drama-drama beliau dan turut meluangkan masa untuk bermain beberapa permainan bersukan bersama-sama beberapa peminat yang bertuah. Suasana dewan sentiasa gamat dengan ketawa peminat dan juga, Seon Ho terutamanya apabila beliau berusaha keras untuk berbahasa Melayu tetapi tetap dibalas dalam Bahasa Korea oleh peminat. Kadang-kala beliau sendiri yang ketawa begitu terhibur dengan tingkah laku peminat.

Activiti lain juga seperti berbicara tempat-tempat yang perlu dilewati oleh beliau seperti Menara Berkembar KLCC, Jalan Alor dan juga Dataran Merdeka. Selain itu, Seon Ho juga meminta bantuan peminat untuk memilih makanan tempatan yang perlu di cuba dan berkongsi bahawa beliau amat menyukai cendol, roti bakar dan the Tarik. Beliau turut mengakui mengemari durian dan peminat meminta beliau untuk mencuba rambutan. Seon Ho turut mengambil masa untuk melukis dan menghiasi topi untuk dibawa pulang oleh peminat yang amat bertuah. Memenuhi topi dengan motif seperti KLCC, bunga raya dan cendol memperlihatkan pengetahuan Seon Ho tentang Malaysia dan ternampak corak yang begitu patriotik bersesuaian dengan bulan kemerdekaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Jelas kelihatatan beliau turut gembira dan keperibadian yang sangat hangat dan ceria, beliau menyatakan beliau akan menyimpan kenangan indah di Kuala Lumpur di dalam hatinya dan berharap untuk berjumpa dengan peminat Malaysia lagi dalam masa yang terdekat. Yang pertemuan peminat ini mempamerkan komitmen beliau terhadap hubungannya dengan peminat Malaysia yang sentiasa menyokong kerjaya beliau. Terima kasih Kim Seon Ho dan juga kepada Salt Entertainment, Attitude Media, ACO Media dan PULP Live World di atas jemputan.

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagramTikTok dan Youtube untuk  mendapatkan berita serta perkembangan dari Korea termasuk China, tempatan dan juga Thailand serta lebih video menarik mengenai Kim Seon Ho di Malaysia!

loading...