FANTASY BOYS akan debut dengan 11 ahli September ini selepas Yoo Jun Won tarik diri

Belum pun lagi debut, nampaknya FANTASY BOYS berdepan dengan isu kontrak melibatkan salah seorang ahlinya, Yoo Jun Won.

Pada 23 Ogos, SBS melaporkan bahawa FANTASY BOYS kini sedang bersiap sedia untuk penampilan sulung mereka dengan 11 ahli sahaja tidak termasuk Yu Junwon.

Menjawab kepada laporan itu, agensi FANTASY BOYS telah mengeluarkan kenyataan penuh seperti berikut:

Hello.

Kami adalah FUNKY STUDIO, production company “Fantasy Boys,” dan POCKETDOL STUDIO yang diamanahkan dengan pengurusan artis.

Kami ingin menyampaikan pendirian kami mengenai Yoo Jun Won FANTASY BOYS yang dilaporkan media hari ini.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Yoo Jun Won, yang telah dipilih sebagai [ahli] kumpulan sulung FANTASY BOYS melalui program uji bakat MBC “Fantasy Boys,” tidak akan dapat menyertai aktiviti kumpulan itu lagi kerana tidak hadir tanpa memberikan sebarang notis yang munasabah.

FANTASY BOYS adalah kumpulan kelahiran daripada program survival MBC “Fantasy Boys” melalui undian daripada penonton yang bertujuan untuk membuat penampilan sulung. Kami memohon maaf kerana [FANTASY BOYS] tidak dapat bersama sebagai 12 ahli yang diundi oleh penonton.

Sejurus selepas program tamat, kami membincangkan kontrak dengan Yoo Jun Won dan ibu bapanya lebih daripada 12 kali. Walaupun kontrak itu ditulis mengikut terma dan syarat standard yang ditetapkan serta disyorkan oleh Fair Trade Commission, ibu bapa Yoo Jun Won menuntut semakan kontrak dengan peningkatan kadar perkongsian keuntungan di bawah alasan bahawa [Yoo Jun Won] menduduki tempat pertama dalam undian, berbanding ahli-ahli yang lain.

Jika kami melaraskan kadar perkongsian keuntungan secara berbeza daripada ahli lain berdasarkan kedudukan undian terakhir, isu ekuiti mungkin timbul, jadi kami telah menerangkan sepenuhnya mengapa kami tidak dapat berbuat demikian setiap kali [mereka bertanya]. Walau bagaimanapun, ibu bapa Yoo Jun Won telah membuat Yoo Jun Won keluar tanpa kebenaran sebanyak dua kali dan pada masa yang sama, mereka memberitahu kami bahawa dia tidak akan dapat menyertai kumpulan itu pada akhirnya.

Disebabkan itu, FANTASY BOYS akan debut sebagai kumpulan dengan 11 ahli yang terdiri daripada Kim Gyurae, Hong Seongmin, Oh Hyeontae, Lee Hanbin, Ling Qi, Kang Minseo, Hikari, K-Soul, Kim Wooseok, Hikaru, dan Kaedan.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini dan tidak akan berhenti memberikan sokongan penuh kami supaya kesemua 11 ahli FANTASY boleh bersedia sepenuhnya untuk penampilan sulung mereka tanpa sebarang kebimbangan. Kami meminta sokongan hangat dan galakan yang tidak berbelah-bagi untuk ahli yang akan debut.

Terima kasih.

FANTASY BOYS dengan ahli asal seramai 12 orang

Kedudukan akhir FANTASY BOYS telah ditentukan pada bulan Jun dalam rancangan survival “Fantasy Boys”—versi lelaki “My Teen Girl,” iaitu sebuah program uji bakat yang melahirkan kumpulan gadis CLASS:y tahun lepas. Kumpulan itu kini sedang bersiap sedia untuk membuat penampilan sulung mereka yang sangat dinanti-nantikan pada bulan September ini.

Sumber : 1 | 2

loading...