PLEDIS kongsi keadaan terkini tentang kecederaan lutut S.Coups SEVENTEEN

Agensi SEVENTEEN – PLEDIS Entertainment telah memberikan maklumat terkini mengenai kecederaan S.Coups dan aktiviti yang dijadualkan untuknya pada masa akan datang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, S.Coups SEVENTEEN telah mengalami kecederaan pada lutut kirinya . Pada 24 Ogos, PLEDIS Entertainment telah berkongsi keadaan terkini idol itu berkenaan kesihatannya selepas pembedahan dan aktiviti akan datang menerusi platform Weverse.

Baca pengumuman penuh di bawah:

Hello.  Kami PLEDIS Entertainment

Kami ingin memaklumkan anda tentang perkembangan rawatan perubatan S.Coups.

Pada 10 Ogos, S.Coups mengalami koyakan pada ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya semasa merakam content. Selepas menerima rawatan perubatan pra-pembedahan yang diperlukan seperti yang disyorkan oleh kakitangan perubatan, dia menjalani pembedahan untuk memulihkan ACL dan ligamen anterolateral pada hari Isnin 21 Ogos.

Pembedahan itu berjaya dan S.Coups dibenarkan keluar dari hospital pada pagi Khamis 24 Ogos dan kini sedang berehat.

S.Coups akan memberi tumpuan kepada proses pemulihan selepas pembedahan lutut. Untuk menyokong pemulihan selepas pembedahan, buat masa ini dia akan menggunakan sokongan kaki, tongkat dan kerusi roda. S.Coups juga akan menjalani terapi fizikal selepas parut pembedahan beransur sembuh supaya dia kembali sihat sepenuhnya,

Selepas semua siri rawatan selesai dan mendapat nasihat daripada pakar perubatan, S.Coups merancang untuk kembali menyertai aktiviti bersama SEVENTEEN  dalam keadaan yang munasabah. Jadi, kami harap anda semua faham.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong sepenuhnya proses pemulihan S.Coups yang menjadi keutamaan bagi kami.

Terima kasih.

Semoga S.Coups cepat sembuh!

Sumber : 1

loading...