SM Entertainment bertindak tegas terhadap cubaan memfitnah anak buahnya, dipercayai berkenaan Chanyeol EXO

SM Entertainment hari ini mengeluarkan kenyataan tegas untuk menyaman mana-mana cubaan memfitnah anak buahnya, dipercayai berkaitan dengan khabar angin mengenai Chanyeol EXO.

“Berkenaan artis jagaan kami, kami telah menghubungi 10 agensi guaman terbaik Korea dan akan bertindas tegas terhadap mana-mana perbuatan yang melanggar undang-undang. Baru-baru ini, bermacam-macam khabar angin tak bertanggungjawab berlegar-legar di ruang komuniti forum, SBS dan juga laman portal. Ia sesuatu yang melanggar undang-undang apabila cuba memanipulasikan fakta tak berasas dan mengeluarkan artikel berdasarkan fakta yang belum sahih. Hati-hati untuk keluarkan berita sebegitu,” kata jurucakap agensi itu.

“Kami menerima macam-macam aduan daripada email protect@smtown.com , dan sudah memeriksa kesemua kandungannya didapati tak berasas. Kami akan berunding dengan artis jagaan kami mengenai aduan-aduan itu…Kami juga cuba sedaya upaya untuk melindungi personaliti dan maruah artis jagaan kami daripada terus diperkotak-katikkan,” tegas agensi itu.

Sumber: SM Entertainment

loading...