Lee Do Hyun daftar masuk tentera Ogos ini dan akan berkhidmat dengan pasukan tentera udara

Lee Do Hyun akan menyertai khidmat tentera tidak lama lagi!

Pada 3 Ogos, iMBC melaporkan bahawa Lee Do Hyun akan memulakan perkhidmatan tentera wajibnya. Menjawab laporan itu, agensinya – Yuehua Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan berita itu.

Agensi itu menulis:

Hello. Ini Yuehua Entertainment.

Ini adalah notis mengenai kemasukan pelakon Lee Do Hyun untuk memulakan khidmat tentera.

Selepas menerima latihan asas ketenteraan di pusat latihan [bermula] pada 14 Ogos, Lee Do Hyun akan menunaikan tugas ketenteraannya melalui kumpulan tentera udara ROKAF (Republic of Korea Air Force).

Tiada sebarang acara rasmi akan diadakan pada hari pendaftaran, dan kami harap peminat tidak membajiri pusat pendaftaran tersebut kerana ia adalah acara peribadi yang akan dihadiri oleh ramai anggota tentera dan ahli keluarga.

Sila teruskan memberi sokongan dan dorongan hangat anda kepada Lee Do Hyun. Dia akan kembali dalam keadaan sihat selepas menjalankan tugas ketenteraannya dengan penuh dedikasi.

Terima kasih.

Sejak penampilan sulungnya menerusi “Prison Playbook” pada 2017, Lee Do Hyun telah membintangi pelbagai projek drama popular termasuk “Hotel Del Luna,” “18 Again,” “Sweet Home,” “Youth of May,” “Melancholia,” “The Glory, ” dan yang terbaru “The Good Bad Mother”. Pelakon itu kini sedang bersiap untuk pertemuan peminatnya pada 5 Ogos.

Sumber : 1  |  2

loading...