Anak kedua kami ‘on the way’ – Lee Byung Hun & Lee Min Jung

Nampaknya pelakon Lee Min Jung dan Lee Byung Hun kini sedang menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Pada 4 Ogos, News1 melaporkan bahawa Lee Min Jung sedang hamil anak keduanya.

Menjawab kepada laporan itu, agensi pelakon Lee Min Jung, MSteam Entertainment mengesahkan, “Memang benar Lee Min Jung mengandung anak keduanya. Lee Byung Hun dan Lee Min Jung gembira dengan berita ini kerana keduanya memang berharap untuk memiliki anak yang kedua.”

Kedua-dua pelakon itu berkahwin pada 2013 dan menyambut cahaya mata lelaki mereka pada 2015.

Tahniah kepada Lee Byung Hun & Lee Min Jung!

Kepada yang rindukan Lee Min Jung, korang boleh tonton lakonannya menerusi drama seperti “Once Again”, “Cunning Single Lady”, “Come Back Mister”, “Fate & Furious” dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan juga Lee Byung Hun kini sedang  dalam rangka mempromosikan filem terbarunya “Concrete Utopia” disamping Park Seo Joon serta Park Bo Young.

Sumber :  1  |  2

loading...