Saya pun baru tahu dorang bercinta – Jung Hae In

Selepas dunia hiburan digambarkan dengan hubungan cinta antara Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun, Rata-rata media berusaha mendapatkan kenyataan dari Jung Hae In.

Pada pagi 3 Ogos KST, pelakon Jung Hae In telah menghadiri sesi sidang media dengan wartawan berkenaan dengan drama terbarunya “D.P.2” yang kini sedang bersiaran diplatform Netflix.

Ketika sidang media itu,  salah satu soalan pertama yang ditanya kepada  pelakon itu adalah berkaitan dengan berita percintaan Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun yang mendapat perhatian ramai.

Ketika ditanya sama ada dia tahu mengenai hubungan mereka Jung Jae In memberitahu pendangannya kepada media.

Saya sebenarnya pun baru tahu bila melihatnya di muka depan bahagian hiburan, semasa saya sedang bersiap untuk sesi temuduga ini.  Saya berharap mereka akan mengekalkan hubungan yang sihat dan indah. Saya betul-betul tak tahu.

​Dia kemudian dengan tenang menambah,

Saya bukan jenis orang yang suka ambil tahu tentang hubungan orang lain. Memang saya macam itu sejak dulu lagi, sejak saya masih belum lagi bergelar pelakon. Kawan-kawan saya tahu tentang hal ini dan mereka selalu mengeluh kerana saya tak membantu sangat apabila mereka meluahkannya masalah berkaitan cinta ini. Apa yang saya mampu katakan bila mereka putus cinta adalah ‘Anda akan bertemu dengan orang baru’ (ketawa).

Sementara itu, Jung Hae In dan Jisoo pernah bergandingan dalam drama percintaan JTBC ‘Snowdrop’. Rata-rata peminat menggemari gandingan itu kerana mereka kelihatan serasi. Dalam pada itu, Ahn Bo Hyun juga merupakan rakan sebaya Jung Hae In.

Pada hari ini juga, Jung Hae In meyakinkan peminatnya bahawa dia bersedia untuk menerima projek baru dengan genre romantik ringan selepas membawakan genre gelap dan berat untuk drama “D.P.2”.

Sumber : 1

loading...