Akui gementar debut solo, album pertama V BTS dapat sentuhan penerbit NewJeans

V BTS akan bekerjasama dengan CEO ADOR, Min Hee Jin untuk debut album solo yang sangat dinanti-nantikannya!

Pada 2 Ogos, SPOTV News melaporkan bahawa V sedang bersiap sedia untuk pelancaran album solonya bersama Ketua Pegawai Eksekutif ADOR Min Hee Jin yang bertanggungjawab untuk mengetengahkan NewJeans. Min Hee Jin adalah bekas pengarah kreatif di SM Entertainment, dan telah direkrut oleh HYBE Labels pada 2019 sebelum dilantik sebagai Chief Brand Officer. Dia kemudiannya melancarkan anak syarikatnya sendiri ADOR pada 2021, dan kemudian berjaya menghasilkan kumpulan gadisnya sendiri, NewJeans.

Menurut BIGHIT MUSIC, V kini sedang mengerjakan album solo pertamanya bersama penerbit Min Hee Jin, yang akan mengetuai pengeluaran keseluruhan album itu termasuk muzik, koreografi, reka bentuk dan promosi.

Min Hee Jin turut diminta memberi pandangan tentang perkara ini.

Saya menerima tawaran pada penghujung tahun lepas. Saya teragak-agak pada mulanya kerana jadual yang tidak menentu, tetapi saya tertarik dengan sikap dan semangat V serta nada suaranya, yang pada saya bukan yang kebiasaannya didengari. Kali ini, saya mahu [pendengar] fokus pada muzik. Kami menyediakan muzik mengikut citarasa V manakala pada masa yang sama adalah muzik yang saya ingin cadangkan. Daripada gaya biasa, kami meletakkan tumpuan pada muzik yang ingin kami hasilkan dan muzik yang boleh kami lakukan dengan baik. Kami sangat sibuk, tetapi saya fikir kami berakhir dengan kerja yang menyeronokkan.

— Min Hee Jin

V juga turut berkongsi perasaan tentang album solonya.

Saya gementar tetapi gembira. Ia adalah album yang memenuhi citarasa saya. Biarpun banyak dugaan yang perlu dilalui, demi ARMY saya buat yang terbaik dan berharap korang akan teruja serta gembira dengan hasilnya. Saya rasa anda akan dapat melihat sisi baharu V sebagai artis solo yang berbeza daripada V BTS.

— V BTS

Untuk makluman, V telah mengeluarkan beberapa lagu solo popular termasuk “Stigma,” “Singularity,” “Inner Child,” “4 OCLOCK,” “Scenery,” “Winter Bear,” “Blue & Grey,” “Snow Flower,” dan banyak lagi.

Sementara itu, V akan menjadi ahli terakhir BTS untuk melancarkan projek debut solonya. Projek solonya dilaporkan untuk dikeluarkan seawal September. Namun butiran album, seperti bilangan lagu atau tarikh keluaran, belum diputuskan lagi.

Nantikan lebih banyak kemas kini tentang album solo V!

Sumber : 1 | 2

loading...