Bekas ahli LOONA – HyunJin, YeoJin, Vivi, Go Won, & Hyeju kini kembali sebagai LOOSSEMBLE + kongsi gambar profil terbaru

Hujung minggu lalu, bekas ahli LOONA HyunJin, YeoJin, Vivi, Go Won dan Hyeju (Olivia Hye) menyapa peminat  sempena pertemuan peminat pertama mereka selepas menandatangani kontrak dengan agensi baharu, CTD E&M.

Bertempat di Gimnasium Pelajar Jamsil, lima gadis itu meluangkan masa berinteraksi secara peribadi dengan peminat mereka, yang dikenali sebagai Orbit semasa aktiviti rasmi LOONA. Dan semasa acara itu, beberapa wajah yang dikenali juga membuat penampilan mengejut, iaitu bekas ahli LOONA yang lain Chuu dan Yves!


Tidak dinafikan, ramai peminat teruja melihat mereka mengekalkan persahabatan, walaupun hala tuju mereka berbeza.

Selepas pertemuan peminat, HyunJin, YeoJin, Vivi, Go Won, dan Hyeju secara rasmi berkongsikan nama kumpulan baharu mereka – LOOSSEMBLE!

LOOSSEMBLE, seperti tekaan anda, ia menggabungkan perkataan “LOONA” dengan “ASSEMBLE”, mewakili perpaduan dan kekuatan 5 ahli ini.

Siap sedia untuk LOOSSEMBLE!

Pada 2 Ogos, Loossemble (Loona Assemble) memuatnaik foto profil kumpulan dan individu sebagai langkah mengumumkan permulaan baharu mereka. Kini HyunJin, YeoJin, ViVi, Go Won dan HyeJu (Olivia Hye) akan dikenali sebagai LOOSSEMBLE!

Sebelum ini, telah didedahkan bahawa HyunJin dan ViVi menyertai CTDENM, sebuah agensi baharu yang diasaskan oleh bekas Pekerja BlockBerry Creative, selepas mereka menjadi ahli terakhir LOONA untuk memfailkan injunksi untuk menggantung kontrak mereka dengan BlockBerry Creative. Terdahulu pada bulan Julai, diumumkan lagi bahawa YeoJin, Go Won, Dan HyeJu menyertai agensi itu.

Lihat foto profil baharu di bawah!

HyunJin
YeoJin
ViVi
Go Won
HyeJu

Dengan pengumuman rasmi nama kumpulan dan pertemuan semula yang dinanti-nantikan, LOOSSEMBLE telah membuktikan bahawa kasih sayang dan dedikasi peminat mereka tidak boleh digoyahkan dengan sebarang perubahan.

Walaupun CTD E&M masih belum mengumumkan sebarang butiran khusus mengenai penampilan sulung LOOSSEMBLE atau aktiviti masa depan mereka, peminat sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega kerana HyunJin, YeoJin, ViVi, Go Won dan HyeJu kini telah menggunakan nama kumpulan baharu untuk jadual individu mereka. Nantikan kemaskini selanjutnya aktiviti akan datang LOOSSEMBLE!

Sumber : 1 | 2

loading...