‘Human Lesson’ buah tangan terbaru Netflix beri peluang pelakon ‘BBNU’ tonjol bakat

Netflix mengorak langkah dalam terajui drama Korea. Terbaru rangkaian tersebut akan keluarkan sebuah lagi drama berjudul ‘Human Lessons’.

Pada 22 April, media melaporkan bahawa Kim Dong Hee,  Jung Da Bin, Park Joo Hyun dan Nam Yoon Soo akan membentuk satu barisan pelakon rookie yang berjaya dipilih melalui proses uji bakat. Mereka akan dibantu oleh oleh pelakon veteran antaranya Choi Min Soo, Park Hyuk Kwon, dan Kim Yeo Jin.

“Human Lessons” adalah siri asal Netflix berkisahkan mengenai seorang pelajar cemerlang atau pelajar role model yang melakukan jenayah untuk mendapatkan wang bersama rakan-rakan dan kenalannya.

Kim Dong Hee akan memainkan peranan sebagai Ji Soo, seorang pelajar sekolah menengah yang akhirnya telah membuat keputusan yang salah untuk mendapatkan wang untuk tuisyen kolej. Watak Jung Da Bin pula sebagai Min Hee, rakan sekelas Ji Soo yang turut terlibat dalam perbuatan jenayah tersebut.

Park Joo Hyun akan menbawakan watak Gyu Ri, yang secara tidak sengaja mengetahui tentang kejahatan Ji Soo namun beliau turut sama menyertainya. Nam Yoon Soo pula akan menjadi teman lelaki Min Hee, Gi Tae.

Choi Min Soo akan membawakan watak Wang Chul iaitu pembantu rahsia Ji Soo, manakala Park Hyuk Kwon sebagai Jin Woo, yakni guru kelas Ji Soo. Kim Yeo Jin pula sebagai Hae Kyung, seorang pegawai polis Bahagian Hal Ehwal Wanita dan Juvana.

Drama ini ditulis oleh penulis skrip rookie Jin Han Sae dan bakal diarahkan oleh Kim Jin Min yang pernah mengarahkan “Lawless Lawyer,” “Time Between Dog and Wolf,” dan “Marriage Contract. “Human Lessons” akan disiarkan secara eksklusif menerusi Netflix.

Sumber : Naver

loading...