RIIZE – buah hati terbaru SM Entertainment akan debut September ini

Boy group baharu SM Entertainment, RIIZE akan memulakan kerjaya pada bulan September ini!

Pada 31 Julai, SM Entertainment secara rasmi mengumumkan rancangan mereka untuk  perjalanan debut boy group terbaru dengan tujuh orang ahli yang dinamakan RIIZE pada musim gugur ini. RIIZE dianggotai oleh Shotaro, Sungchan, Eunseok, Seunghan, Wonbin, Sohee, dan Anton.

Untuk makluman, Shotaro dan Sungchan merupakah bekas ahli kumpulan NCT yang telah debut sejak 2020. Eunseok dan Seunghan diperkenalkan sebagai SM Rookies manakala Anton merupakan anak kepada penerbit Yoon Sang.

RIIZE adalah gabungan perkataan “RISE” dan “REALIZE” yang bermaksud “kumpulan itu akan bangkit dan merealisasikan impian mereka bersama-sama.” Kumpulan itu akan mengetengahkan genre muzik yang digambarkan sebagai “emotional pop.”

“RIIZE terdiri daripada tujuh ahli yang hebat dan dilengkapi dengan kemahiran serta visual,” kata SM Entertainment. “Ahli-ahli ini, yang masing-masing mempunyai ciri dan kekuatan tersendiri, akan memulakan ‘pengembaraan masa nyata’ baharu bersama-sama sebagai satu pasukan, di mana mereka akan menulis lembaran baharu sejarah muzik.”

RIIZE, yang menandakan kumpulan baharu SM Entertainment yang pertama sejak penampilan sulung aespa pada 2020, akan melancarkan akaun Instagram rasmi pada 1 Ogos—dan mereka akan memperkenalkan semua ahli sebelum penampilan sulung kumpulan itu pada bulan September.

Jom kenali ahli kumpulan RIIZE

Shotaro

Eunseok

Sungchan

Won Bin

Seung Han

So Hee

Anton

Dan ini adalah beberapa muat naik daripada akaun Instagram rasmi RIIZE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RIIZE (@riize_official)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RIIZE (@riize_official)

Walaupun belum ada jadual rasmi untuk penampilan sulung RIIZE, boy group baharu itu akan muncul bersama barisan artis SM Entertainment yang lain di SMTOWN Live 2023 di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta pada 23 September ini. Rata-rata peminat K-Pop tidak sabar menunggu kemunculan sulung RIIZE dan menyaksikan apakah formula baru SM yang diterapkan dalam kumpulan baru ini.

Sumber : 1 |

loading...