Kim Young Dae, Pyo Ye Jin, On Joo Wan & Jung Woong In sah sertai drama fantasi romantik terbaru

ENA akan bawakan drama terbaru yang bertemakan fantasi romantis untuk para penontonnya dengan dibintangi oleh para pelakon yang hebat.

Pada 19 Julai, drama untuk siaran Rabu-Khamis baharu ENA “The Moon that Rises During the Day” telah mengesahkan barisan pelakonnya termasuk Kim Young Dae, Pyo Ye Jin, On Joo Wan dan Jung Woong In.

Berdasarkan webtoon popular, “The Moon that Rises During the Day”, ia mengisahkan kisah cinta yang mengerikan dan menyayat hati yang menjangkau selama 1,500 tahun. Bergerak berulang-alik antara masa lalu dan sekarang, Bergerak berulang-alik antara masa lalu dan masa kini, siri ini akan berkaitan seorang lelaki yang masanya telah berhenti sejak kematian pasangannya dan seorang wanita yang dikatakan penjelmaan semula.

Kim Young Dae akan memegang watak dua iaitu Han Jun Oh, seorang bintang terkenal di Korea, dan Do Ha, seorang bangsawan elit Dinasti Silla. Selepas mengalami kemalangan kereta, tubuh Han Jun Oh dirasuk oleh roh Do Ha yang mempunyai personaliti berbeza sama sekali dengan Jun Oh.

Pyo Ye Jin juga akan memainkan dua peranan iaitu Kang Young Hwa, seorang anggota bomba yang kemudian bertukar menjadi pengawal peribadi, dan Ha Ni Ta, satu-satunya yang terselamat daripada keluarga bangsawan dari Daegaya (sebuah negara kota) dalam Dinasti Silla. Kehidupan Kang Young Hwa benar-benar berubah selepas menyelamatkan bintang terkenal Han Jun Oh daripada kemalangan kereta pada hari mereka menjalani penggambaran iklan perkhidmatan awam bersama.

On Joo Wan pula akan melakonkan watak abang Han Jun Oh, iaitu Han Min Oh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif agensi Jun Oh Beginning Entertainment. Min Oh mendedikasikan hidupnya untuk si adik, Jun Oh.

Manakala Jung Woong In akan memainkan watak Seok Chul Hwan, bekas CEO Beginning Entertainment, yang kehilangan syarikatnya kepada Han Min Oh dan menjadi gelandangan. Chul Hwan menyimpan dendam terhadap Min Oh dan Jun Oh dan melawan mereka.

“The Moon that Rises During the Day” ditetapkan untuk tayangan perdana pada 25 Oktober. Jadi, stay tuned!

Sumber : 1

loading...