Ulangtahun ke-4 Oh!K beri peluang menang hadiah menarik sepanjang Oktober ini

Oh! K kini sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-4. Tahniah kami ucapkan kepada seluruh pengurusan Oh!K Tv Asia. Oleh itu, pelbagai hadiah menarik menanti peminat K-Pop dan K-drama di Malaysia mulai 1 hingga 31 Oktober 2018,  di mana Oh! K akan memberikan hadiah  dengan tema K (K-themed) pada setiap hari sepanjang bulan ini.

Pertama, anda berpeluang untuk memenangi tiket  menonton konsert  iKON dan WINNER LIVE di Singapura! Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyelesaikan cabaran harian di laman Facebook Oh! K TV Asia dan beritahu kami mengapa anda adalah peminat Oh! K TV Asia. Giveaway ini bermula sekarang hingga 10 Oktober. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk melihat secara dekat dengan idola K-pop kegemaran anda!

Selain itu, berikut tayangan drama terbaru lakonan So Ji Sub, My Secret, Terrius pada setiap Khamis dan Jumaat  jam 7.50 petang di Oh! K Channel 394, anda juga berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif My Secret, Terrius So Ji Sub. Tonton dan menang My Secret, Terrius So Ji Sub ini akan  berlangsung dari 11 hingga 31 Oktober.

Jadi, jangan lupa untuk stay tuned dengan Oh!K untuk mengetahui perkembangan lanjut dan memenangi hadiah yang ditawarkan. Selamat berjaya!

loading...