Song Hye Kyo, Ha Jung Woo, Suzy dan drama “Big Bet” antara pemenang Blue Dragon Series Awards ke-2

Blue Dragon Series Awards kali ke-2 telah pun melabuhkan tirainya dan barisan pemenang kali ini juga telah diumumkan.

Anugerah yang baru saja bermula tahun lepas oleh Sports Chosun adalah yang pertama di Korea khusus untuk platform penstriman. Memandangkan pertumbuhan berterusan industri kandungan siri asal, Blue Dragon Series Awards memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam drama dan rancangan pelbagai yang dihasilkan oleh platform perkhidmatan penstriman, berbanding rangkaian televisyen.

Pada 19 Julai, majlis penuh bintang untuk anugerah 2023 telah diadakan di Paradise City, Incheon di mana YoonA Girls’ Generation dan Jun Hyun Moo kembali sebagai hos.

Tahun ini, Blue Dragon Series Awards memperkenalkan beberapa anugerah baharu: Daesang (Hadiah Utama), OST Popularity Award dan Why Not Award (diberikan kepada artis atau karya yang memberi inspirasi kepada perubahan dalam perkhidmatan penstriman melalui idea atau cabaran unik).

Daesang (Hadiah Utama) yang pertama dimenangi Song Hye Kyo yang membintangi siri hit “The Glory,” manakala bintang bersamanya Lim Ji Yeon membawa pulang anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Saya tak rasa akan mendapat peluang ini lagi, jadi saya ingin memuji diri sendiri buat kali pertama. Good job, Hye Kyo. – Song Hye Kyo

Anugerah Drama Terbaik tahun ini diberikan kepada “Big Bet,” manakala anugerah untuk Program Varieti Terbaik diberikan kepada “Siren: Survive the Island.”

Suzy memenangi Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonan hebatnya dalam “Anna”, manakala Ha Jung Woo memenangi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi peranannya dalam “Narco-Saints.”

Kamera sentiasa fokus di hadapan penerima jadi saya ingat Choi Min-Sik akan menang. Saya rasa malu & satu penghormatan besar untuk menerima anugerah di hadapan senior yang dihormati, Choi Min-Sik. – Ha Jung Woo

Park Ji Hoon pula memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik menerusi lakonannya dalam “Weak Hero Class 1,” dan Shin Ye Eun membawa pulang Pelakon Rookie Terbaik untuk siri drama “Revenge of Others.”

Jom semak senarai penuh pemenang di Blue Dragon Series Awards ke-2

Drama

Daesang (Grand Prize): Song Hye Kyo (“The Glory”)

Best Drama: “Big Bet”

Best Actor: Ha Jung Woo (“Narco-Saints”)
Best Actress: Suzy (“Anna”)

Best Supporting Actor: Lee Dong Hwi (“Big Bet”)
Best Supporting Actress: Lim Ji Yeon (“The Glory”)

Best Rookie Actor: Park Ji Hoon (“Weak Hero Class 1”)
Best Rookie Actress: Shin Ye Eun (“Revenge of Others”)

OST Popularity Award: Jaechan DKZ “Our Season”
Why Not Award: Choi Hyun Wook (“Weak Hero Class 1”)

Variety

Best Variety Program: “Siren: Survive the Island”

Best Male Entertainer: Yoo Jae Suk (“PLAYou Level Up”)
Best Female Entertainer: Joo Hyun Young (“SNL Korea”)

Best Rookie Male Entertainer: Dex (“Bloody Game 2”)
Best Rookie Female Entertainer: Kim Ah Young (“SNL Korea”)

TIRTIR Popularity Award: ASTRO’s Cha Eun Woo, DKZ’s Jaechan DKZ, Lee Kwang Soo, Kim Yeon Koung

Tahniah kepada semua pemenang.

Sumber : 1 | 2

Sumber foto kredit kepada : sportschosun

 

loading...