Agensi Song Joong Ki tepis spekulasi tentang kekasihnya adalah Katy Saunders, seorang pelakon British

Setelah mengejutkan ramai peminat apabila Song Joong Ki mengumumkan dirinya kini sedang bercinta, ramai netizen mulai sibuk mencari informasi tentang kekasih hati pelakon tersebut.

Terdahulu media melaporkan kekasih hati Song Joong Ki merupakan seorang wanita British dan bukan dari golongan selebriti. Namun terbaru, agensinya mengeluarkan kenyataan berhubung spekulasi bahawa teman wanitanya ialah pelakon British, Katy Louise Saunders.

Sebelum ini, spekulasi bermula daripada ucapan penerimaan Daesangnya di APAN Star Awards. Semasa berucap, Song Joong Ki menyatakan ucapan terima kasihnya kepada “Katy, Marla, Maya, dan Antes,” yang merupakan nama anjing teman wanitanya, seperti catatan menerusi Facebook sebelum ini.

*sila rujuk video di minit ke 6 dan seterusnya

Mengenai spekulasi itu, agensinya, High Zium Studio, menyatakan, “Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa selain fakta bahawa mereka sedang bercinta.”

Agensi itu juga turut menegaskan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan selagi sumbernya tidak disahkan. Terdahulu, timbul khabar angin menyatakan bahawa teman wanita Song Joong Ki telah hamil selepas netizen melihat keduanya berjumpa dengan OB-GYN tidak lama dahulu (sebelum berita Song Joong Ki bercinta didedahkan)

Sukar untuk mengesahkan kehidupan peribadinya selain fakta bahawa dia sedang bercinta. Kami akan menghargai jika semua orang boleh menahan diri daripada laporan spekulatif yang tidak disahkan – High Zium Studio

Katy Louise Saunders yang dilahirkan pada tahun 1984, ialah seorang pelakon dari England yang pernah muncul dalam filem, Lizzie Mcguire, The Third Person, dan banyak lagi. Namun menurut spekulasi netizen, Katy telah berhenti menjadi pelakon dan kini merupakan seorang guru Bahasa Inggeris peribadi Song Joong Ki.

Dalam pada itu, netizen turut melihat kedua pasangan ini menghadiri sebuah majlis di Bali, Indonesia tidak lama dahulu. Dilaporkan ianya adalah majlis perkahwinan seorang kenalan Song Joong Ki dan mereka dikatakan berada di sana pada 2-3 Disember lalu. Ketika perkahwinan itu, Katy mengenakan busana persalinan India. Difahamkan keberadaan mereka berdua di Bali memperlihatkan keduanya kelihatan akrab dan mesra.

Kemudian, pada 7 Disember, teman wanitanya dikhabarkan menemani Song Joong Ki ketika menghadiri sidang media drama ‘Reborn Rich’ yang diadakan di Singapura. Dilaporkan Song Joong Ki turut memperkenalkan teman wanitanya kepada kakitangan.

gambar yang diambil di Incheon Airport sekembalinya Song Joong Ki dari Singapura. Credit newsen

Song Joong Ki dilaporkan bertemu dengan teman wanitanya melalui seorang kenalan tahun lalu dan kemudian hubungan keduanya berjalan sangat baik sehinggakan keduanya serasi bersama. Setelah bibit cinta bersemi, keduanya menjadi pasangan kekasih dan membentuk ikatan yang mengatasi perbezaan warganegara dan bahasa.

Menurut media Korea, Song yang pernah mengalami keperitan cinta, akhirnya berjaya mengubati luka dengan cinta barunya. Dia juga membuktikan ketaatannya kepada kekasih hati kerana dia tidak menyembunyikan perasaan terhadapnya dan dengan yakin memperkenalkannya kepada rakan-rakan yang lain. Dengan memilih perhubungan secara terbuka yang jujur dan yakin daripada merahsiakannya, ia adalah bukti bahawa Song Joong Ki mahu meneruskan hubungan yang serius.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5

loading...