/Chungha nafi pekerjanya pernah hadiri himpunan kultus Shincheon sehingga dijangkiti virus Corona

Chungha nafi pekerjanya pernah hadiri himpunan kultus Shincheon sehingga dijangkiti virus Corona

Sempena meraikan 1000 hari sejak menceburkan diri pertama kali di dalam industri muzik, Chungha membuat penjelasan hari ini di dalam sesi VLive secara langsung berhubung dua orang pekerjanya telah didapati positif menghidapi penyakit virus Corona dan tindakan terpaksa diambil olehnya untuk mengkuaratinkan dirinya di dalam rumah keseorangan.

Chungha mengesahkan bahawa beliau tidak pernah keluar dari rumah sejak pulang daripada luar negara. Chung Ha berkata, “Laporan mengatakan dua orang pekerja termasuklah pengurus saya dikesan positif virus Corona adalah salah belaka. Semua pengurus saya telah menjalani ujian dan ianya didapati negatif. Saya sangat terkilan kerana dituduh macam-macam sehingga hati ini rasa terluka.”

Pernah ditanya tentang khabar angin pekerjanya merupakan pengikut kultus agama Shincheon, Chungha menafikan penglibatan mereka. Sebelum ini, media melaporkan perhimpunan kultus agama tersebut menjadi penyebab utama kenapa bilangan mereka yang dijangkiti virus Corona di Korea meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat.

Sumber: VLive

TAGS:

Komentar

comments

loading...