Sebaik Song Joong Ki menyunting bunga di taman, bekas isterinya, Song Hye Kyo dikatakan turut ikuti jejak?

Masih hangat lagi dengan pengakuan Song Joong Ki tentang percintaannya dengan seorang pelakon berwarganegara British, kini bekas isterinya yang juga pelakon ternama Korea, Song Hye Kyo turut terkena tempiasnya.

Spekulasi berkenaan timbul selepas seorang netizen menerusi twitternya mendedahkan bahawa Song Hye Kyo mungkin juga sedang dilamun cinta juga.

” ‘Tidak cukupkah dengan Song Hye Kyo?’ Song Joong Ki pula sedang bercinta”. Kapsyen twitter-nya yang berbaur spekulasi mengenai bekas isteri Song Joong Ki itu tertular hingga meraih ribuan kicauan. Ia menyebabkan segelintir netizen beranggapan bahawa bekas isterinya itu yang kini berusia 40-an turut mengikuti jejak langkah Song Joong Ki untuk mencari pengganti baru.

Terbaru hari ini, pelakon Park Sung Hoon mengundang gelak tawa netizen dengan kemaskini dibuatnya menerusi instagram.

“Aku cuba hubungi teksi… Tiba-tiba Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) pula yang datang mengambilku.. Patutkah aku lari saja..The Glory,” kata Park Sung Hoon.

Kedua-dua pelakon ini akan membintangi drama Netflix The Glory yang bakal menjengah penonton pada 30 Disember 2022 depan.

Sumber: ISPlus, theqoo

loading...