Dikhuatiri hidapi kemurungan, Hongseok PENTAGON tamatkan khidmat ketenteraan setahun lebih awal

Hongseok atau nama sebenarnya, Yang Hong Seok daripada kumpulan kpop Pentagon, telah diarahkan untuk menamatkan khidmat ketenteraan setahun lebih awal berkuatkuasa hari ini, 26 Disember kerana masalah kesihatan.

Menurut jurucakap agensinya, Cube Ent., Hongseok yang menyertai pasukan ‘Wartime Labor Service’ pada 3 Mei 2022 yang lalu dikhuatiri mempunyai gejala-gejala yang menjerumus kepada kemurungan kesan daripada agoraphobia yang dialaminya sebelum ini.

Akibatnya, pihak ketenteraan berpendapat bahawa dia tidak lagi ‘cergas’ untuk meneruskan khidmat ketenteraan di samping menerima khidmat perubatan pada waktu yang sama. Hongseok sepatutnya dijadualkan menamatkan khidmat ketenteraan pada penghujung tahun 2023.

Hongseok yang memiliki tubuh sasa seperti seorang atlet sukan, serta pernah menyertai program realiti tv berkisarkan tentang ketenteraan iaitu Real Man 300, dijangka sebelum ini tidak menunjukkan sebarang masalah sewaktu kali pertama dimasukkan ke dalam khidmat ketenteraan.

Sumber: sport khan

loading...