19 kumpulan K-Pop yang dibubarkan pada tahun 2022

Industri hiburan Korea Selatan tidak pernah sunyi dengan kehadiran pendatang baru yang bagaikan seperti cendawan tumbuh, tidak kira secara solo ataupun berkumpulan. Namun begitu, tidak semua perjalanan seni mereka berjalan dengan lancar. Sepanjang tahun 2022, terdapat 19 buah kumpulan idol K-Pop yang telahpun bubar . Jom, kita lihat senarainya :

Nampaknya, ada pasang surutnya bergelar idol K-Pop. Bukan mudah nak terus kekal tambahan pula mereka yang berkumpulan. Kalau tak bermasalah dengan ahli kumpulan, pasti masalah berpunca daripada agensi. Apapun, selamat maju jaya buat semua.

1. APRIL  (DSP Media)


APRIL, yang memulakan kerjaya pada 24 Ogos 2015, secara rasmi dibubarkan pada 28 Januari. Ia berlaku kira-kira setahun selepas beberapa ahli kumpulan dituduh membuli bekas ahlinya Hyunjoo. Walaupun tuduhan itu dinafikan oleh APRIL dan DSP Media telah mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan fitnah, nampaknya mereka tidak pernah bebas daripada skandal tersebut. Album istimewa, ‘Hello Summer’pada tahun 2020 merupakan keluaran terakhir kumpulan APRIL sebelum dibubarkan.

2. WeGirls (Aftermoon Entertainment)

Kumpulan yang mula debut pada 31 Ogos 2018, secara rasmi telah dibubarkan pada Mac. Perkara ini dikatakan berlaku selepas WeGirls tidak aktif dalam tempoh setahun. Namun amat sedikit info yang diketahui tentang sebab mereka dibubarkan. Pembubaran itu hanya dimaklumkan kepada peminat melalui DM (Direct Message) kepada ahlinya Yehana, tanpa sebarang pengumuman sebenar daripada label mereka.

3. TRCNG (TS Entertainment)

 

TRCNG, yang memulakan kerjaya pada 10 Oktober 2017, secara rasmi dibubarkan pada 28 Mac. Setiap ahli, selain Siwoo (yang tidak mempunyai akaun media sosial), mengeluarkan kenyataan peribadi tentang pilihan mereka untuk meninggalkan TS Entertainment dan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka. Empat daripada ahli TRCNG telah memulakan debut semula dalam kumpulan baharu, APR PROJECT. Manakala dua bekas ahlinya, Taeseon dan Wooyeop, sebelum ini menyaman label itu atas penyalahgunaan dan salah urus, yang ramai percaya memainkan peranan dalam pembubaran itu.

4. NU’EST (Pledis Entertainment)

Pembubaran mereka mengejutkan ramai peminat! NU’EST, yang memulakan kerjaya pada 15 Mac 2012, secara rasmi dibubarkan pada 14 Mac. Kontrak sepuluh tahun mereka bersama agensi semuanya berakhir pada ketika itu. Ren, Aron, dan JR memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu daripada memperbaharui semula kontrak manakala Baekho dan Minhyun kekal bersama Pledis Entertainment. Nampaknya sudah tiba masa untuk setiap ahli meneruskan kerjaya solo mereka selepas sedekad bersama.

5. ARIAZ (Rising Star Entertainment)

ARIAZ, yang debut pada 24 Oktober 2019, secara rasmi dibubarkan pada 10 April. Yunji, Hyogyeong, dan Yeori telah menamatkan kontrak mereka dengan Rising Star Entertainment, menyebabkan mereka menarik diri daripada kumpulan itu. Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai pembubaran mereka telah dikongsi, platform media sosial kumpulan itu jadi sepi sejak itu.

6. HOT ISSUE (S2 Entertainment)

Kumpulan ini yang memulakan kerjaya pada 28 April 2021, secara rasmi dibubarkan pada 22 April. Pembubaran mereka diumumkan melalui mesej dari label mereka, S2 Entertainment, walaupun tiada sebab tertentu untuk keputusan itu dikongsi selain ia adalah hasil perbincangan yang panjang antara agensi dan ahli.

7. LUNARSOLAR (JPlanet Entertainment)

LUNARSOLAR, yang memulakan kerjaya pada 2 September 2020, secara rasmi dibubarkan pada 22 Mei. Pengumuman itu datang secara tiba-tiba dengan pendedahan bahawa kontrak ahli kumpulan dengan JPlanet Entertainment telah ditamatkan, atas sebab yang masih tidak diketahui, walaupun ia kelihatan seperti persetujuan bersama.

8. G-reyish (Big Ocean ENM)

G-reyish yang mula debut pada 1 Jun 2017, secara rasmi dibubarkan pada 31 Mei. Seperti yang berlaku dengan LUNARSOLAR, pembubaran itu berlaku selepas diumumkan bahawa ahli kumpulan menamatkan kontrak eksklusif dengan label mereka, Big Ocean ENM, selepas banyak perbincangan terperinci antara mereka.

9. CLC (Cube Entertainment)

CLC, yang memulakan kerjaya pada 19 Mac 2015, secara rasmi dibubarkan pada 6 Jun. Perkara ini terjadi setelah beberapa bulan Seungyeon dan Yeeun meninggalkan Cube Entertainment ekoran kontrak mereka tamat. Terdahulu Elkie dan Sorn meninggalkan agensi pada 2021. Sorn kemudiannya berkongsi alasan mereka meninggalkan agensi dan menjurus ke arah pembubaran kerana Cube Entertainment mahu mempromosikan mereka secara individu berbanding sebagai kumpulan. Disebabkan itu, mereka tidak nampak sebab untuk kekal dengan Cube Entertainment jika itu berlaku. Terdapat juga khabar angin melaporkan tentang penderaan dan penganiayaan terhadap CLC.

10. I.C.E (HS Entertainment)

I.C.E, yang memulakan kerjaya pada 16 November 2015, secara rasmi dibubarkan pada 20 Julai. Mereka mengumumkan pembubaran mereka di Instagram, dengan alasan kontrak mereka dengan HS Entertainment telah tamat dan mereka memutuskan untuk tidak memperbaharuinya.

11. REDSQUARE (About Entertainment)

REDSQUARE, yang memulakan kerjaya pada 19 Mei 2020, secara rasmi dibubarkan pada 12 Jun. Pembubaran itu diandaikan selepas beberapa ahli dijenamakan semula di bawah nama baharu, IRRIS, pada Jun, dengan Mellow Entertainment dianggap sebagai label baharu mereka. Mereka membuat debut semula sebagai IRRIS pada 6 Julai, dan terus mempromosikan di bawah nama dan label baharu mereka.

12. BlingBling (MAJOR9)

BlingBling mula debut pada 17 November 2020 dan telah dibubarkan secara rasmi pada 25 Julai. Ahli kumpulan memutuskan mereka mahu meneruskan kerjaya individu dan bukannya berkumpulan, serta telah menamatkan kontrak mereka dengan label MAJOR9 selepas mencapai persetujuan bersama.

13. GIRLKIND (Next Level Entertainment)

GIRLKIND mula debut pada 17 Januari 2018 dan telah dibubarkan secara rasmi pada 13 Ogos. Menurut label Next Level Entertainment, pembubaran GIRLKIND adalah disebabkan oleh “isu dalaman” dan kumpulan itu tidak dapat dikekalkan lagi,sekaligus membawa kepada penamatan segera kontrak mereka.

14. BOTOPASS (WKS ENE)

BOTOPASS, yang memulakan kerjaya pada 26 Ogos 2020, secara rasmi dibubarkan pada 25 Ogos. Keputusan itu dibuat selepas Jiwon, Seoyoon, dan Cui Xiang memutuskan untuk menamatkan kontrak mereka dengan label WKS ENE manakala Mihee, seorang peserta di My Teenage Girl, memutuskan untuk memperbaharui kontraknya. Disebabkan keinginan kerjaya mereka yang berbeza pada masa hadapan, kumpulan itu akhirnya dibubarkan.

15. Blue Fox (Blue Fox Entertainment)

Blue Fox memulakan kerjaya pada 12 Oktober 2018 dan telah dibubarkan secara rasmi pada 5 September. Bagaimanapun, situasi mereka agak mengelirukan, kerana walaupun mereka mengumumkan pembubaran rasmi mereka kerana masalah peribadi dan kesihatan, tiga daripada mereka — Junhee, Yeonji, dan Ayeon — dilihat membuat persembahan hanya 12 hari selepas dibubarkan. Mereka kemudian terus membuat penampilan di festival dan konsert. sehinggakan status sebenar mereka tidak diketahui.

16. HINT (Starpro Entertainment)

HINT, yang memulakan kerjaya pada 31 Mac 2017, secara rasmi dibubarkan pada 27 September. Label mereka, Starpro Entertainment, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau sebarang pengumuman kepada umum, dan pembubaran itu dimaklumkan kepada peminat melalui ahli kumpulan yang menyiarkan pengumuman itu di Instagram. Tiada alasan diberikan berikutan dengan pembubaran kumpulan itu.

17. D-CRUNCH (Ai Grand Korea)

D-CRUNCH, yang telah pada 6 Ogos 2018, telah dibubarkan secara rasmi pada 9 November. Label mereka, Ai Grand Korea, membuat pengumuman tersebut menerusi kafe peminat kumpulan itu, dengan menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan ahli. Pembubaran ini dipercayai bermula selepas  tiga minggu Dylan meninggalkan kumpulan atas sebab kesihatan, dan beberapa bulan selepas kemunculan semula terakhir mereka dengan album tunggal ‘Addiction’ pada Mac 2022.

Untuk makluman tambahan, D-CRUNCH pernah mengunjungi Malaysia untuk tujuan promosi kumpulan itu pada 2019.

18. BVNDIT (MNH Entertainment)

BVNDIT, yang memulakan kerjaya pada 10 April 2019, secara rasmi dibubarkan pada 11 November. Label mereka, MNH Entertainment, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan panjang dengan ahli dan penamatan kontrak eksklusif dibuat selepas mencapai persetujuan bersama.

19. bugAboo (A Team Entertainment)

BugAboo, yang memulakan kerjaya pada 25 Oktober 2021, secara rasmi dibubarkan pada 8 Disember. Seperti kumpulan lain dalam senarai di atas, keputusan dibuat selepas perbincangan dengan ahli dan persetujuan untuk menamatkan kontrak eksklusif mereka. Kali terakhir bugAboo buat kemunculan semula dalah pada bulan Jun dengan album single ke-2 mereka ‘Pop’.

Nampaknya, ada pasang surutnya bergelar idol K-Pop. Bukan mudah nak terus kekal tambahan pula mereka yang berkumpulan. Kalau bukan bermasalah dengan ahli kumpulan, kontrak yang telah tamat, pasti masalah berpunca daripada agensi. Apapun, selamat maju jaya buat semua.

Sumber : koreaboo

loading...