Choi Tae Joon dilaporkan akan buat penampilan dalam drama TVING “Island”

Menurut laporan media pada 23 Disember, pelakon Choi Tae Joon akan muncul dalam siri aksi fantasi TVING yang baru, ‘Island’

Berdasarkan siri webtoon popular dengan nama yang sama, ‘Island’ mengisahkan tentang mereka yang ditakdirkan untuk melawan kejahatan dan menyelamatkan dunia daripada bahaya. Drama adaptasi yang mendapat sambutan ramai, dibintangi oleh Kim Nam Gil, Lee Da Hee, Cha Eun Woo ASTRO, Sung Joon, dan ramai lagi, akan ditayangkan pada 30 Disember ini.

Terkini, menurut laporan itu juga, Choi Tae Joon juga akan muncul dalam siri original TVING bersama pelakon utamanya. Pelakon itu dikatakan telah menyelesaikan semua adegannya untuk ‘Island’ sebelum perkahwinannya dengan pelakon Park Shin Hye pada awal Januari tahun ini. Walau bagaimanapun, produksi itu memberi isyarat bahawa projek kemunculan pertama Choi Tae Joon selepas perkahwinannya, meningkatkan jangkaan ramai biarpun tidak dimaklumkan apakah watak Choi Tae Joon dalam drama itu.

Sementara itu,  Choi Tae Joon sebelum ini menyambut penonton dengan penampilan cameo ringkas dalam drama tvN ‘Twenty Five, Twenty One’ pada musim panas, dan menunjukkan visualnya yang kacak tidak berubah.

Sumber : 1

loading...