Sah. Kwak Si Yang kini sedang bercinta dengan bintang rancangan “Heart Signal 2” Lim Hyun Joo

Pelakon Kwak Si Yang dan Lim Hyun Joo dari siri realiti temu janji popular ‘Heart Signal 2’ disahkan bercinta.

Pada 20 September, media melaporkan  Kwak Si Yang dan Lim Hyun Joo sedang bercinta. Menjawab kepada laporan itu, agensi Kwak Si Yang – Drawing Entertainment telah mengesahkan perkara ini seperti di bawah:

Kedua-duanya bertemu melalui kenalan mereka dan lama-kelamaan, hubungan mereka berkembang daripada kawan biasa kepada pasangan kekasih. Sila beri perhatian kepada mereka dengan mesra. 

Dilahirkan pada 1987, Kwak Si Yang memulakan kerjaya pada 2014 menerusi filem “Night Flight” dan muncul dalam pelbagai projek termasuk drama “Oh My Ghost,” “Fight My Way,” dan “Lovers of the Red Sky” serta filem seperti “The Witness” dan “The Battle of Jangsari.”  Pelakon itu baru-baru ini membuat penggambaran filem thriller misteri “You Will Die After Six Hours” pada bulan Julai dan kini sedang bersiap sedia untuk tayangan filem baharu “Desperate Pursuit”.

Manakala, Lim Hyun Joo  yang dilahirkan pada 1992 mula dikenali pada musim 2 ‘Heart Signal’ yang disiarkan di Channel A pada tahun 2018. Kemudian pada tahun yang sama, dia membintangi musim ke 10 rancangan pelbagai ‘Follow Me’, dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon. Dia juga pernah membintangi siri drama OCN ‘A Superior Day’ (2022).

Sumber :  1 | 2

loading...