Alan Walker dan DJ Soda Bakal Gegarkan Borneo Music Festival Live 2022. Tiket telah mula dijual 6 Julai

JOM ALAMI KERIANGAN BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA  ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI 

NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS TIKET PADA 6 – 7 JULAI UNTUK MERASAI PENGALAMAN  MUZIK BERSAMA ARTIS ANTARABANGSA YANG DIADAKAN DI SARAWAK 

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2022 – Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang  menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village,  Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022.  

Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh  Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment. Penganjuran yang pertama kali  diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh  dunia, selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform  yang sama.  

Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ  MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ  Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn LimThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’  Kame’

Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak itu amat popular dengan single berjudul  Faded. Populariti lagu tersebut membolehkan Walker menerima sijil berlian di Jerman dan sijil  multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK).  Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran  muzik antarabangsa.  

DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu  nama asing dalam industri muzik. Namanya cukup popular di peringkat antarabangsa dan  mempunyai berjuta pengikut dalam talian.  

Bagi memeriahkan lagi festival tersebut, sesiapa yang membeli tiket awal iaitu pada 6 dan 7 Julai  ini berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Diskaun tersebut hanya  diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk  mendapat tiket tersebut di www.excitix.com.my

Jangan ketinggalan untuk menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal mencatat  sejarahnya yang tersendiri. Tiket Borneo Music Festival Live 2022 akan mula dijual pada pukul 12  tengah hari, 6 Julai ini seperti berikut:  

PAS UNTUK 2 HARI – KEMASUKAN UMUM – Pembeli Awal (Early Bird): RM400 (diskaun 10%  pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM450 Fasa 2: RM500 

PAS UNTUK 2 HARI -ROCK ZONE – Pembeli Awal (Early Bird): RM680 (diskaun 10% pada 6-7  Julai) Fasa 1: RM750 Fasa 2: RM800 

Notis: Semua harga tiket dikenakan bayaran RM4 untuk proses yuran. Kemasukan ke festival  muzik ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. 

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Borneo Music Festival Live 2022, sila ikuti  Facebook: @bmfl2022  

loading...