‘Big Bet’ & Choi Min Sik ungguli hadiah utama di Seoul International Drama Awards 2023. Ini dia senarai penuh pemenang

Seoul International Drama Awards 2023 telah pun berlangsung pada 21 September 2023 bertempat di Dewan KBS, Seoul. Majlis yang dihoskan oleh Jun Hyun Moo dan Lee Se Young telah menyambut ulang tahun ke-18 tahun ini, dan ia merupakan festival drama antarabangsa tahunan yang meraikan drama dari seluruh dunia.

Dihoskan oleh Jun Hyun Moo dan Lee Se Young, Anugerah Drama Antarabangsa Seoul tahun ini berlangsung pada 21 September jam 6 petang. KST di Dewan KBS di Seoul. Mencapai rekod tertinggi, Sejumlah 344 drama dari 44 negara dengan rekod tontonan tertinggi telah dihantar untuk pencalonan, dan beberapa anugerah termasuk Grand Prize dan Golden Bird Prize telah dianugerahkan kepada 11 drama dan 15 individu.

Pertama, Grand Prize bagi kategori pertandingan antarabangsa (International Competition) dimenangi oleh drama dari Perancis “The Fragile Colossus.” Pengarahnya Stéphanie Murat dan penulisnya Aude Marcle masing-masing memenangi anugerah Pengarah Terbaik dan Penulis Terbaik, sekaligus memberikan “The Fragile Colossus” penghormatan dengan memenangi tiga anugerah.

“Big Bet” dan teraju utamanya Choi Min Sik masing-masing memenangi Golden Bird Prize bagi kategori Program dan Individu.  Dengan beberapa anugerah yang telah diperoleh, “Big Bet” dilihat menjadi penanda dalam industri drama dengan mencapai kejayaan dalam nilai seni dan populariti di kalangan karya popular dari seluruh dunia. Drama yang menceritakan pertaruhan hidup dan mati seorang pengusaha kasino berjaya menambat perhatian dan meraih pujian dari ramai penonton.

Saya sangat terharu kerana memenangi anugerah ini, tetapi saya ingin berkongsi penghormatan ini dengan rakan sekerja saya kerana kami telah berkongsi suka-duka, hujan-panas bersama dari awal sehingga akhir penggambaran drama.

– Choi Min Sik

Lee Sung Min dari drama “Reborn Rich” memenangi Outstanding Korean Actor dalam kategori Korean Drama Competition. Manakala Suzy dari “Anna” memenangi Best Actress dan Wei Fen dari drama China “The Long Season” dalam kategori International Competition.

Saya berterima kasih kepada JTBC kerana membenarkan drama itu diterbitkan dan disiarkan. Terima kasih juga  kepada pengarah Jeong Dae-yoon dan penulis skrip Kim Tae-hee kerana mengambil risiko membantu lelaki muda ini menjadi seorang datuk dan terima kasih kepada pelakon dan kakitangan yang bekerja dengan saya. Saya juga  akan berkongsi penghormatan anugerah ini dengan Song Joong-ki, yang juga berhak menerimanya.

– Lee Sung Min

Manakala untuk  Outstanding Asian Star dalam kategori International Invitation, menyaksikan Park Eun Bin – “Extraordinary Attorney Woo” (Korea), Luo Yunxi Luo – “Till the End of the Moon” (China), Yusei Yagi – “My Beautiful Man S2” (Japan), Gun Atthaphan Phunsawat – “Midnight Museum” (Thailand) dan Kathryn Bernardo – “2 Good 2 Be True” (the Phillippines) dipilih sebagai penerima anugerah.

Jom Semak senarai penuh pemenang Seoul International Drama Awards 2023

International Competition

Grand Prize: “The Fragile Colossus” (France)
Best TV Movie:
 “Mayflies” (U.K.), “Belascoarán PI” (Mexico)
Best Miniseries: 
“The Long Season” (China), “Reborn Rich” (Kroea)
Best Series: 
“Meet Yourself” (China), “Act Like You’re Asleep” (Greece)
Best Actor: Wei Fan – “The Long Season” (China)
Best Actress: 
Suzy – “Anna” (Korea), Nina Ellen Ødegård – “Afterglow” (Norway)
Best Director: 
Stéphanie Murat (“The Fragile Colossus”—France)
Best Screenwriter:
 Aude Marcle (“The Fragile Colossus”—France), Nima Javidi (“The Actor”—Iran)

International Invitation

Golden Bird Prize (Program): “Big Bet” (Korea)
Golden Bird Prize (Individual): 
Choi Min Sik – “Big Bet” (Korea)
Special Prize: 
“Cammo” (Norway)
Outstanding Asian Star:
 Park Eun Bin – “Extraordinary Attorney Woo” (Korea), Luo Yunxi – “Till the End of the Moon” (China), Yusei Yagi – “My Beautiful Man S2” (Japan), Gun Atthaphan Phunsawat – “Midnight Museum” (Thailand), Kathryn Bernardo – “2 Good 2 Be True” (the Phillippines)
IDOLCHAMP Artist Award:
Sunghoon ENHYPEN– “Mimicus” (Korea)

Korean Drama Competition

Program: “Extraordinary Attorney Woo,” “The Glory”
Outstanding Korean Actor: 
Lee Sung Min – “Reborn Rich”
Outstanding Korean Drama O.S.T: 
Kim Ho Joong – “Meet You Among Them” (“Three Bold Siblings” OST)

Sumber : 1 | 2

loading...