“IN THE SOOP : FRIENDCATION” yang dibintangi oleh Wooga Squad akan tayang di Disney+ Hotstar 22 Julai ini

Kepada penggemar Wooga Squad ini mungkin berita baik untuk anda.

“IN THE SOOP: Friendcation” yang dibintangi oleh Park Seo-joon, Peakboy, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik, dan V dari BTS adalah sebuah program pengembaraan yang mengajak penonton untuk menikmati percutian bersama mereka. Selain itu, rancangan ini juga akan membawa penonton melihat kehidupan lima selebriti terkenal itu secara dekat, ketika mereka berehat dari kerja dan pergi bercuti ke tempat yang tidak dijangka.

Jauh dari kesibukan serta bingitnya ibu kota, siri realiti pengembaraan baharu ini menyaksikan sekumpulan rakan menikmati alam semula jadi dan memanjakan diri dengan aktiviti kegemaran mereka. Sepanjang siri empat episod itu, penonton boleh melihat bintang kegemaran mereka berehat dari kehidupan seharian mereka yang penuh kesibukan dan glamor.

“IN THE SOOP: Friendcation” ialah spin-off daripada siri “IN THE SOOP” yang akan disiarkan setiap minggu di Disney+ Hotstar bermula 22 Julai tahun ini.

“IN THE SOOP: Friendcation” akan menambah deretan kandungan khas istimewa yang tersedia di Disney+ Hotstar. Peminat K-Pop juga boleh menikmati BLACKPINK THE MOVIE yang diciptakan sebagai surat cinta kepada kelab peminat BLACKPINK, “BLINK”. BLACKPINK THE MOVIE menampilkan coretan daripada dua siri jelajah terakhir kumpulan itu serta wawancara eksklusif dengan ahli kumpulan iaitu Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa.

Selain itu, penggemar kandungan bahasa Korea juga dapat menikmati pelbagai drama Korea yang telah diriliskan terdahulu seperti Soundtrack #1, yang menceritakan cinta yang tidak terbalas di antara dua kawan rapat; Grid, sebuah siri misteri-thriller tentang seseorang yang dahulu pernah menyelamatkan manusia dan kini dikenalpasti sebagai rakan sejenayah kepada seorang pembunuh dan Rookie Cops; drama percintaan kampus yang mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea.

Selain itu, ada juga drama Link: Eat, Love, Kill yang mengisahkan seorang chef terkenal dunia yang tiba-tiba menangis di hadapan pelanggannya dan terpaksa melihat semula masa lalunya yang traumatik dan kehilangan misteri kakaknya serta Doctor Lawyer mengisahkan seorang pakar bedah terkenal Korea yang dipenjarakan dan terpaksa kehilangan lesen praktiknya yang akan membawa kepada kematian mengejut salah seorang pesakitnya. Insiden itu memaksanya keluar dari bilik bedah, menukar profesion ke bilik mahkamah untuk membela orang yang mengalami nasib yang serupa, sambil mendedahkan kebenaran di sebalik tuduhan yang dihadapinya

Tidak ketinggalan drama sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo BLACKPINK, yang membawakan kisah tragis seorang mahasiswi yang bertentangan dengan keluarga dan negaranya untuk menyelamatkan lelaki yang dia cintai dan pelbagai cerita menarik lain dari banyak negara.

Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik. Memang tak rugi sebab korang boleh strim drama kegemaran korang sama waktu dengan tayangan di Korea! Dan “IN THE SOOP : Friendcation” boleh distrim secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 22 Julai.

loading...