Tao, bekas ahli EXO ini, dikhabarkan telah jatuh cinta terhadap Xu Yiyang

Tao atau nama sebenarnya Huang Zitao, mantan ahli EXO ini dikhabarkan telah jatuh cinta terhadap Xu Yiyang, bekas pelatih SM Ent.

Menurut sumber, kedua-duanya dilihat berdua-duaan ketika bergerak menuju ke Hangzhou pada awal Mac lalu. Sumber itu yang menyertakan gambar sebagai bukti, mendakwa kedua-duanya juga menaiki kereta yang sama waktu tengah malam dan Xu Yiyang terus mengekori Tao selepas Tao turun dari kereta yang dinaikinya.

Ini bukan kali pertama mereka digosipkan bercinta merujuk kepada khabar angin yang berlegar pada November 2021. Pada ketika itu, Tao menjelaskan bahawa artis-artis di bawah naungan syarikatnya adalah seperti keluarga dan menganggap ‘Xu Yiyang’ sebagai adiknya perempuan sendiri. Khabar angin yang sama juga turut berlegar pada Feb lalu apabila foto-foto kedua-duanya sedang bercuti, dibocorkan menerusi aplikasi Wechat.

Xu Yiyang merupakan bekas pelatih SM Ent. sekitar 2016 hingga 2018 dan mula menyertai syarikat agensi di bawah kelolaan Tao, L. TAO Ent. sejak September 2018. Tao pula ‘debut’ bersama EXO pada tahun 2012, dan keluar daripada kumpulan itu pada tahun 2015.

Sumber: twitter, weibo

loading...