Diheret dengan isu pembubaran, X1 rupanya belum lagi terima duit pampasan hasil jualan album 570,000 unit?

X1, dilaporkan masih belum lagi menandatangi kontrak secara rasmi bersama CJ&ENM menyebabkan ahli-ahlinya tidak menerima sebarang pampasan daripada syarikat itu hasil daripada jualan album ‘debut’ mereka, ‘Emergency: Quantum Leap’  yang sudah pun mencecah lebih 570,000 unit.

X1 yang dikatakan jelmaan Wanna One, telah mengadakan persembahan ‘showcase’ terbesar di Gocheok Dome pada Ogos lalu dengan album ‘Quantum Leap’ telah mencatat jualan tertinggi dalam kalangan kumpulan baru pada tahun 2019 dan berada di tangga teratas selama tiga minggu di dalam carta album Gaon.  Pengaruh X1 tidak terhenti di situ saja, malah mereka sempat berulang-alik ke Thailand bagi memeriahkan K-Pop Fiesta yang berlangsung sana. CJ&ENM sepatutnya menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama X1, namun perancangan itu dikatakan tertangguh kerana isu manipulasi undian yang kian mendapat tempat dalam kalangan netizen.

Berikutan pendedahan produser ‘Produce X 101’ sebelum ini bahawa beliau mengaku pernah memanipulasikan undian bagi mengubah ‘ranking’ peserta, X1 beserta sekali IZ*One, digesa oleh sebilangan besar netizen untuk dirombak semula ahlinya. Label IZ*One menyerahkan sepenuhnya kepada CJ&ENM untuk membuatkan sebarang keputusan berhubung mahu mengekalkan kumpulan itu sedia ada atau membubarkannya manakala label X1 pula belum mengulas lanjut mengenainya. Jurucakap Mnet pula hanya berkata, “Kami tunggu keputusannya kerana ia masih dalam siasatan polis.” Ia menjadi semakin rumit dengan segala promosi kedua-dua kumpulan ini terpaksa ditangguhkan. Malah, selagi CJ&ENM belum membuat keputusan sepenuhnya, agak sukar untuk X1 bergerak dengan jadual aktiviti yang dirancangkan.

Sumber: sport seoul, mtn

loading...