Artis kpop dengan suara serak dituduh sebagai penghisap rokok tegar?

Tular di dalam suatu laman komuniti forum baru-baru ini bahawa artis-artis Kpop dengan suara serak dituduh sebagai penghisap rokok yang tegar.

Menurut hantaran dibuat oleh netizen itu, kebanyakan penyanyi idol yang datangnya daripada geng ‘iljin’ (pembuli) dikatakan cuba menyembunyikan tabiat merokok mereka dalam kalangan peminat untuk mengelakkan imej mereka tercalar. Ada di antara mereka pula telah bertukar kepada penggunaan E-rokok (Vape atau rokok elektronik) bagi mengurangkan bau.

“Apabila ada konsert yang mesti dipersembahkan dengan kehadiran peminat berhampiran, kebanyakan akan cuba berhenti rokok sekejap selama 10 hari,” katanya.

“Sekurang-kurangnya ada ahli yang memiliki suara serak di dalam satu kumpulan kpop. Walaupun kejadian suara serak mungkin berlaku sejak lahir lagi, tetapi sebenarnya dia kerap merokok berbanding rakan-rakan lain dalam kumpulan itu,” tambahnya lagi.

Tidak dapat dipastikan siapakah dimaksudkan netizen itu. Bagaimanapun, gambar merokok seorang penyanyi idol daripada kumpulan kpop ternama pernah tertular pada suatu ketika dulu.

Sumber: Pann Nate