Hukuman penjara dikurangkan dua kali ganda banyaknya, netizen amat kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap Seungri

Berikutan keputusan mahkamah Tinggi untuk mengekalkan sabitan bersalah terhadap Seungri, tetapi kemudiannya mengurangkan tempoh hukuman penjara dikenakan ke atasnya, netizen meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap keputusan tersebut.

Pada Ogos 2021 lalu, mahkamah tentera telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak 1.156 billion won (~RM4.03 juta) untuk sembilan pendakwaan termasuklah penggelapan wang, pelanggaran undang-undang sanitasi makanan, keganasan seksual, rakaman video tanpa kebenaran, bersubahat dengan bapa ayam, perjudian secara tidak sah, pengurupan mata wang tanpa sah, dan sebagainya.

Sejurus selepas itu, Seungri membuat rayuan di mahkamah tinggi pada Oktober 2021 dan akhirnya membuat pengakuan bersalah di atas sembilan pendakwaan jenayah terhadapnya. Bagaimanapun, mahkamah Tinggi Seoul pada 27 Jan 2022 semalam, telah mengurangkan hukuman penjara dua kali ganda banyaknya, iaitu 1 tahun 6 bulan selepas mempertimbangkan kenyataan defendan yang telah menyesal dan mahu bermuhasabah diri.

Netizen yang tidak dapat menahan sabar dan marah akan keputusan itu, meluahkan kekecewaan mereka di ruang komuniti forum tempatan. Hal ini disebabkan Seungri telah pun mengaku bersalah di atas sembilan pendakwaan jenayah dikenakan ke atasnya, berbanding satu atau dua pendakwaan sekaligus membuatkan mereka mempersoalkan kewajaran hukuman tersebut.

Seungri kini masih dipenjarakan di Penjara Angkatan Tentera. Sekiranya kedua-dua Seungri dan pihak pendakwaraya tidak membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula, maka beliau akan dibebaskan serta-merta selepas menghabiskan tempoh berbaki sebanyak 1 tahun sebulan.

Seungri (Lee Seung Hyun) bekas ahli BigBang ini terpalit dengan skandal besar-besaran melanda dunia kpop suatu ketika dulu, ‘Burning Sun’ hingga membawa kepada pendedahan berbagai-bagai aktiviti gelap dibuat pengamal industri hiburan.

Sumber: joongang

loading...