[Gempar] Gambar Jungwoo NCT hisap rokok tersebar di laman sosial; netizen keliru samada nak kecewa atau berbangga

Foto Jungwoo NCT menghisap rokok di lorong tersebar di laman sosial twitter sejak pagi tadi, 10 Disember 2020.

Jungwoo dilihat mengenakan sebatang rokok dan menghembuskan asapnya selepas beberapa ketika. Penyanyi tampan daripada kumpulan NCT itu mungkin tidak menyedari gambar-gambarnya sedang merokok telah diambil oleh seseorang berhampiran. Tidak dapat dipastikan bilakah gambar itu diambil.

Bagaimanapun, reaksi peminat berbelah bahagi berikutan sebilangan daripanya menyatakan rasa kekecewaan mereka manakala sebilangan yang lain pula berbangga kerana Jungwoo boleh berbuat apa yang disukai tanpa kekangan daripada peminat. Apapun, merokok tidak baik untuk kesihatan dan seharusnya ditegah daripada dipertontonkan oleh mana-mana artis-artis kpop yang menjadi idola masyarakat walaupun bukan  dibuat secara sengaja.

Ini bukan kali pertama ahli-ahli NCT ditangkap merokok atau memegang perkakas berkaitan dengannya. Lucas NCT juga pernah secara tak sengaja menghidupkan api rokoknya ketika siaran langsung menerusi insta story tak lama dulu.

Sumber: twitter

loading...