Ryu Jun Yeol, IU & Park Jung Min bakal bintangi drama survival terbaru, ‘Money Game’

Ryu Jun Yeol, IU, dan Park Jung Min disahkan akan membintangi drama terbaru OTT Money Game. (Judul drama ini tidak dikelirukan dengan drama disiarkan oleh tvN pada tahun 2018 lalu).

OTT Money Game yang diadaptasikan daripada webtoon judul sama nukilan Bae Jin Soo, berkisarkan tentang kejadian berlaku apabila lapan orang peserta diletakkan dalam situasi menggerunkan di mana mereka disisihkan daripada masyarakat dengan hanya berbekalkan wang sebesar 44.8 billion won (~RM155.5 juta) untuk dikongsikan bersama. Dalam tempoh seratus hari, masing-masing akan dipaksa berbelanja besar dan mesti menyimpan dikit demi dikit baki duit yang ada di saat-saat akhir permainan.

Di sinilah mereka harus bekerjasama, namun pada masa sama terpaksa mengkhianati antara satu sama lain kerana permainan akan selesai selepas berlakunya kematian di antara mereka. Tiada butiran lanjut tentang perwatakan akan dibawa oleh Ryu Jun Yeol, IU dan Park Jung Min meskipun mereka dijangka memegang watak utama siri berjumlah 8 episod tersebut. Pelakon lain yang terbabit ialah Bae Sung Woo dan Park Hae Joon.

Drama ini bakal menjadi lakonan pertama IU sejak tvN Hotel del Luna pada tahun 2019 manakala Ryu Jun Yeol dan Park Jung Min masing-masing baru saja membintangi drama jtbc Lost bersama Jeon Do Yeon dan Neflix Hellbound bersama Yoo Ah In.

OTT Money Game yang bakal mendapat khidmat pengarah filem Han Jae Rim, dijangka akan mula menjalani penggambaran pada awal pertengahan tahun 2022 ini.

Sumber: nocutnews

loading...