Jung Yong Hwa, Cha Tae Hyun, Kwak Sun Young dan Ye Ji Won hadir sesi bacaan skrip “Brain Cooperation”

Barisan pelakon drama terbaru KBS yang akan mengisi slot tayangan Isnin dan Selasa pada Januari 2023 telah hadir ke sesi bacaan skrip.

“Brain Cooperation” ialah sebuah drama penyiasatan komedi dengan elemen sains minda tentang dua lelaki, pakar saraf Shin Ha Ru dan detektif Geum Myung Se yang ingin membunuh satu sama lain setelah mereka berkerjasama untuk menyelesaikan kes jenayah yang melibatkan satu penyakit otak.

Drama ini akan menyampaikan tawa dan mesej yang menyentuh perasaan apabila pakar saraf Shin Ha Ru, yang memiliki otak yang sangat istimewa, bekerjasama dengan detektif Geum Myung Se, yang mempunyai otak pak turut, mempamerkan keserasian sepanjang drama ini.

Jung Yong Hwa CNBLUE memainkan watak Shin Haru, seorang pakar saraf daripada keluarga doktor profesional. Shin Ha Ru digambarkan satu watak yang penuh keyakinan dan sering bertindak berani mengikut kepercayaan dan prinsipnya sendiri mengenai undang-undang, duit, wanita, kesunyian dan kematian. Dia juga bertindak kejam tanpa belas kasihan kepada orang yang dianggap sebagai sampah.

Jung Yong Hwa

Ketika membaca skrip, Jung Yong Hwa memperkenalkan peranannya dengan lebih mendalam dan berkongsi, “Dia seorang watak yang tidak pernah menghiraukan pendapat orang lain tentangnya. Dia dilihat menawan saat  dia sentiasa berkata apa sahaja yang dia mahu dan melakukan apa sahaja yang dia rasa ingin lakukan.”

Cha Tae Hyun memainkan watak Geum Myung Se, seorang detektif detektif baik hati yang menghidap penyakit otak altruistik. Pelakon itu mengulas, “Geum Myung Se tidak boleh menutup mata apabila dia melihat orang yang lebih lemah. Menolong orang adalah sebahagian besar daripada kehidupan hariannya,” sebelum secara lucu menambah, “Secara peribadi, saya sendiri bukanlah orang yang sebegitu. Tetapi, [walaupun saya], bagaimana saya boleh berkata demikian dengan mulut saya sendiri?”

Cha Tae Hyun

Kwak Sun Young memainkan watak Seol So Jeong, seorang penyiasat hipnosis forensik. Dia seorang yang pemalu dan suka bertolak ansur. Kwak Sun Young menjelaskan, “Seol So Jung lebih sensitif terhadap tekanan berbanding orang biasa, dan dia membencinya. Semasa dia berfikir untuk mengubah personalitinya, dia berdepan dengan situasi yang sepenuhnya mengubah personalitinya.”

Kwang Sun Young

Manakala, Ye Ji Won memainkan watak Kim Mo Ran, bekas isteri Geum Myung Se, yang mempunyai nafsu seksual yang tidak terkawal. Pelakon itu meluangkan masa untuk memberi lebih banyak petunjuk tentang drama itu sambil berkongsi, “Dalam setiap episod, akan ada tokoh utama yang berbeza muncul. Sesetengah cerita akan menggembirakan, menghiburkan, manakala yang lain akan bergema dengan penonton.”

Ye Ji Won

Selain itu, pelakon veteran seperti Jung Dong Hwan, Woo Hyun, Kim Soo Jin, dan Im Chul Hyung juga akan menambah perasa drama dengan lakonan terperinci dan kehadiran mereka yang mantap. Dengan suara lembutnya yang tersendiri dan mata yang ikhlas, Jung Dong Hwan akan membawakan watak Hwang Dong Woo. Woo Hyun dijangka akan membawa hilai tawa kepada penonton dengan membawakan wataknya sebagai ketua pasukan neurosains yang sensitif dan penuh emosi, Kim Gil Joong, yang sedang mengalami andropause.

Jung Dong Hwan
Woo Hyun

Kim Soo Jin akan muncul sebagai Shin Ji Hyung, satu-satunya saudara kandung dan ibu saudara Shin Ha Ru yang sentiasa risaukannya dengan sikap tenang dan mata yang mesra. Akhir sekali, Im Chul Hyung akan memegang watak Park Chi Guk, ketua Pusat Penyelidikan Sains Otak yang cemerlang dalam memerhati psikologi orang lain kerana dia memiliki “otak politik.”

Kim Soo Jin
Im Chul Hyung

 

Dipenghujung acara, Cha Tae Hyun secara melawak berkata, “Jung Yong Hwa mempunyai peranan yang paling sukar, paling rumit. Jadi pada asasnya, kami akan melakukannya dengan baik jika dia melakukannya,” dan “Jika drama itu berjaya, ikami perlu ucap terima kasih padanya. Jika tidak, itu salah dia,” katanya sambil ketawa.

Samhwa Networks, selaku syarikat produksi berkata, “Memandangkan ‘Brain Cooperation’ ialah drama penyiasatan komedi dengan elemen sains minda mengenai penyelesaian jenayah melalui kerjasama antara ahli sains saraf dan detektif, kami pasti ia akan memberikan daya tarikan yang unik dan segar serta menggembirakan penonton. Dalam pembacaan skrip pertama, para pelakon telah meningkatkan jangkaan kualiti drama dengan lakonan dan chemistry yang sempurna antara satu sama lain.”

“Brain Cooperation” akan ditayangkan di KBS pada Januari 2023 nanti.

Sumber : 1 | 2 |

loading...