Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, berjaya merangkul takhta Kmania TOP Stars Dis 2021

May be an image of 4 people

Park Hyung Sik, NCT dan Taehyung telah menyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Disember 2021 setelah menggulung undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kdrama Artist Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kpop Idol Top Stars”.

Park Hyung Sik berada jauh di hadapan dengan peratusan undian yang terbanyak sekali iaitu 37.6%, disusuli oleh OK Taecyeon (24.3%), serta dua lagi pelakon ternama, Han Hyo Joo dan Giana Jun yang terikat di kedudukan sama (21.4%).

Tidak dapat diduga bagaimana penyanyi idol bergelar pelakon ini mampu menidakkan keupayaan pesaing lain seperti OK Taecyeon dan Lee Junho daripada 2PM yang ternyata lebih popular dengan drama mereka, namun Park Hyung Sik daripada kumpulan ZE:A ini berjaya berbuat demikian menerusi drama tvN Happiness saja. Park Hyung Sik membawakan watak detektif muda Jung Yi Hyun yang baru membina rumah tangga bersama kawan baiknya, Yoon Sae Boom lakonan Han Hyo Joo dan mereka perlu memastikan keadaan apartment yang didiami oleh mereka terkawal daripada penularan wabak penyakit ‘zombie’. Ia sudah dapat diagakkan berdasarkan populariti drama tvN Happiness dalam kalangan penggemar kdrama di Malaysia senada dengan kemampuan kedua-dua pelakon ini memikul undian tertinggi berbanding yang lain.

Untuk persaingan merebut “Kpop Idol Top Stars” pula, penyanyi idol terkemuka, Taehyung BTS kembali menyandang takhta “Kpop Idol Top Stars” setelah pernah menyandang gelaran berkenaan pada edisi Oct, Nov dan Dis 2020. Beliau melakukannya dengan peratusan undian sebanyak 39.3% di hadapan dengan dibeza sebanyak 3.5% saja daripada Taeyong NCT yang selesa di belakangnya. Populariti Taehyung sememangnya sukar dipertikaikan, malah beliau baru berjaya mencipta rekod dunia dengan hanya membuka laman instagram saja pada awal bulan Dec 2021 lepas.

Manakala, undian diperolehi oleh Taeyong pula banyak dibantu oleh populariti kumpulan NCT yang baru saja mengeluarkan album penuh mereka dan kelibat penyanyi itu menggayakan tarian persis Micheal Jackson di dalam konsert baru-baru ini. Mengikuti Taehyung dan Taeyong di belakang ialah Doyoung NCT (25.4%) serta Kim Seok Jin BTS dan IU yang terikat di kedudukan sama (24.9%).

Akhir sekali, NCT buat pertama kali berjaya menyandang pemegang takhta “Kpop Group Top Stars”, seterusnya menidakkan BTS daripada menguasai gelaran tersebut untuk sekian kalinya. NCT berjaya memperolehi undian sebanyak 43.4% berbanding BTS sebanyak 37%. Populariti NCT sememangnya banyak dibantu oleh pengeluaran album penuh mereka pada awal Dec 2021 lalu selain terbabit di dalam projek SMTOWN Express bersama rakan-rakan artis SM Entertainment.

Di belakang NCT dan BTS pula, Stray Kids dan TWICE terikat dengan peratusan undian sama (26.6%) serta ATEEZ (22%) yang berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan 5 kumpulan kpop paling popular di Malaysia pada Dec 2021 lalu. Kemampuan ATEEZ sudah dapat diramalkan berdasarkan pencapaian mereka di media sosial, antara yang paling banyak diciapkan di Twitter sepanjang tahun 2021.

Sebagai bonus, tiga lagu kpop paling popular di Malaysia sepanjang Dis 2021 lalu adalah Universe (Let Play Ball) oleh NCT U (45.9%), Super Tuna oleh Jin BTS (19.2%) dan Scientist oleh TWICE (14.5%). Manakala untuk maknae terbaik bagi kumpulan kpop generasi ketiga pula didalangi oleh Jungkook BTS (30.4%), disusuli oleh Tzuyu TWICE (12.9%), Lisa Blackpink serta Sehun EXO yang terikat dengan peratusan undi sama (11.1%). Mengejutkan dalam senarai ini ialah Tzuyu TWICE yang berjaya berjaya memintas Lisa Blackpink untuk diangkat maknae terbaik bagai kumpulan yang diwakili mereka.

Kaji selidik Kmania TOP Stars Dis 2021 ini dibuat pada 24 Dis hingga 1 Jan 2022 dengan anggaran 173 undian telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ pada Feb 2021 sila klik pautan di sini.

loading...