Taehyung BTS cipta rekod dunia lagi

May be a close-up of 1 person

Taehyung BTS berjaya mencipta dua rekod dunia menerusi satu pengesahan dibuat oleh Guinness World Record sebentar tadi.

Menurut Guinness World Record, Taehyung berjaya meraih sejuta pengikut di Instagram dalam masa 43 minit saja dan menjadi orang pertama yang mencapai sepuluh juta pengikut di Instagram dalam masa tersingkat.

Rekod yang terpantas dalam meraih sejuta pengikut di instagram sering bersilih-ganti apabila ramai selebriti mula berjinak-jinak menggunakan instagram. Pada tahun ini saja, Taeil NCT berjaya berbuat demikian sebelum rekodnya kemudian dipecahkan oleh ahli-ahli daripada BTS.

BTS secara berkumpulan, telah pun mencipta berbagai-bagai rekod dunia termasuklah tontonan terbanyak di Youtube dalam masa sehari (108.2 juta) dan lagu yang paling banyak distrim di Spotify dalam masa sehari (11.042 juta penstriman).

Tahniah diucapkan buat BTS.

Sumber: Guinness

 

loading...