Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, berjaya merangkul takhta Kmania TOP Stars Feb 2021

Hwang In Yeop, GOT7 dan IU telah menyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Feb 2021 setelah menggulung undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kdrama Artist Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kpop Idol Top Stars”.

Hwang In Yeop berada jauh di hadapan dengan peratusan undian yang terbanyak sekali iaitu 55.5%, disusuli oleh Song Joong Ki (26.5%), Rowoon (25.6%), Shin Hye Sun (23.2%) dan Park Shin Hye (21.3%).

Hwang In Yeop berjaya memastikan dirinya sebagai pemegang takhta Kdrama Artist Top Stars untuk tiga bulan berturut-turut sejak Disember lalu selepas muncul mempesonakan menerusi drama tvN True Beauty, yang mana ianya sangat mengingatkan netizen pada Lee Jun Ki dan Kim Woo Bin pada suatu masa dulu. Walaupun tvN True Beauty telah lama berlalu, namun kelibat Hwang In Yeop tetap terawang-awang di fikiran penggemar drama Korea.

Hadiri di tempat kedua ialah Song Joong Ki, pemenang Best Actor dan Popular Actor CARI Kdrama Awards di atas kekembaliannya sebagai pelakon, kali ini membawakan watak peguam yang bekerja untuk mafia di dalam tvN Vincenzo. Sudah pasti kerinduan peminat terhadapnya telah membuatkan undian ke atasnya mendadak naik sebaik saja drama baru saja ditayangkan. Menyusuli Song Joong Ki pula ialah Rowoon yang mencatatkan peningkatan undi berbanding bulan Jan 2021 lalu disebabkan momentum daripada drama jtbc She Would Never Know, sekaligus memintas undian yang dicapai oleh Shin Hye Sun sebelum ini.

Untuk pemegang “Kpop Group Top Stars” pula, GOT7 buat pertama kali berjaya menumbangkan pemegang takhta empat kali berturut-turut sejak Oct 2020 iaitu BTS, dengan kelebihan peratusan undian sebanyak 1%. Siapa sangka kejutan yang dipertaruhkan ke atas single ‘Encore’ selepas kesemua bertindak menamatkan kontrak bersama JYP Ent. tak lama dulu telah berjaya menenggelamkan populariti BTS sekejap untuk sekian kalinya. ‘Encore’ menandakan jaminan GOT7 buat peminatnya untuk tetap bersatu walau badai menanti.

Di belakang GOT7 dan BTS pula, Blackpink menghampiri dengan peratusan undian sebanyak 33.2% bagi memastikan TXT (25.6%) dan SHINEE (21.3%) masing-masing berada di tempat keempat dan kelima. Kejayaan konsert “online”, debaran menantikan solo terbaru daripada Rose selain kejutan berita gosip percintaan di antara Jennie dan GDragon telah memacu populariti Blackpink agak tinggi untuk bulan Feb ini.

Akhir sekali, penyanyi idol perempuan terkemuka, IU tetap berjaya menyandang takhta “Kpop Idol Top Stars” untuk dua bulan berturut-turut dengan peratusan undian sebanyak 55.5% tanpa persaingan. Perancangan IU mengeluarkan single ‘Celebrity’ yang tepat pada masanya, membuatkan peminat Uaena di Malaysia sepakat mengundinya untuk kali ini. Single ‘Celebrity’ yang dikeluarkan sebelum album studio kelima yang belum diberikan judul itu menjelma, telah pun melakarkan kegemilangan di dalam carta muzik harian dan mingguan di Korea, yakni kejayaan mencipta kesempurnaan (“perfect-all-kill”) sebanyak 100 kali di Melon, Genie, Bugs dan sewaktu dengannya selain meraih no.1 di dalam carta mingguan digital Gaon.

Jauh di belakang IU pula ialah Hyunjin Stray Kids (28%), Jennie Blackpink (24.6%), dan GDragon Big Bang (23.2%). Nama Hyunjin mula ditiapkan di dada-dada akhbar berikutan skandal buli yang meliputi dirinya sehingga menyebabkannya terpaksa direhatkan daripada segala aktiviti seni buat sementara, manakala Jennie Blackpink dan GDragon Big Bang pula disebut-sebut kerana gosip percintaan mereka.

 
Sebagai bonus, tiga lagu kpop paling popular di Malaysia sepanjang Feb 2021 lalu adalah Celebrity oleh IU (45.9%), Paranoia oleh Kang Daniel (16.6%) dan Don’t Call Me oleh SHINEE manakala lagu kpop terbaik sepanjang dekad (2011-2020) diungguli oleh “Dynamite” BTS dengan 31% di hadapan, disusuli oleh “Growl” oleh EXO pada tahun 2013 dengan 13.4% dan “Bang Bang Bang” oleh Big Bang pada tahun 2015 dengan 11.8%.

Kaji selidik Kmania TOP Stars Jan 2021 ini dibuat pada 28 Feb hingga 1 Mac 2021 dengan anggaran 211 undian telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ bulan lalu sila klik pautan di sini.

loading...