Inilah 10 Artis Kpop paling banyak diciap di Twitter sekitar Malaysia Sepanjang Tahun 2021

May be an image of 14 people

Twitter mengumumkan 10 kumpulan kpop yang paling banyak diciapkan di Malaysia sepanjang tahun 2021. Tanpa menamakan kumpulan mana yang paling tinggi diciap di Malaysia, kumpulan-kumpulan kpop yang diuruskan oleh HYBE telah mendominasi senarai iaitu BTS, ENHYPEN dan TXT.

10 Artis Kpop Yang Mendapat Ciapan Tertinggi Di Malaysia pada tahun 2021 tanpa turutan:

  1. BTS
  2. Blackpink
  3. Seventeen
  4. Ateez
  5. TXT
  6. The Boyz
  7. TREASURE
  8. EXO
  9. Stray Kids
  10. ENHYPEN

Mengejutkan di dalam senarai yang paling diciap di Malaysia ialah ATEEZ (kumpulan generasi ke-4 baru ) di samping BTS, menunjukkan populariti kumpulan kpop itu yang sedang meningkat naik dan dikatakan akan mengikuti apa yang pernah dikecapi oleh BTS sepuluh tahun lalu. Antara kumpulan kpop yang banyak disebut-sebut di dalam tanda pagar twitter Malaysia ialah ATEEZ, BTS, ENHYPEN, EXO, GOT7, iKON, NCT, Stray Kids, Treasure dan TWICE tanpa Blackpink kali ini di dalam senarai tersebut.

Baca lagi: Inilah 10 Artis Kpop paling banyak diciap di Twitter Sepanjang Tahun 2020; Inilah 10 Artis Kpop paling banyak disebut-sebut di Twitter Sepanjang Tahun 2020

Bagaimanapun, untuk 10 kumpulan kpop yang paling banyak diciapkan di seluruh dunia sepanjang tahun 2021, ianya masih diterajui oleh BTS. BTS memegang gelaran tersebut selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 2017 dengan hantaran tanda pagar #StopAsianHate paling banyak diulangciap pada tahun 2021.

10 Artis Kpop Yang Mendapat Ciapan Tertinggi pada tahun 2021:

  1. BTS
  2. NCT
  3. EXO
  4. Blackpink
  5. TREASURE
  6. ENHYPEN
  7. Seventeen
  8. TXT
  9. Ateez
  10. Stray Kids

Sumber: technave

loading...