[Kemaskini] 10 album kpop terlaris di Korea sepanjang tahun 2021; BTS tetap mendominasi untuk 5 tahun berturut-turut

May be an image of 12 people and people standing

Gaon, carta muzik berpengaruh di Korea selain Hanteo, telah mengeluarkan senarai album terlaris sepanjang tahun 2021.

Ralat: Senarai diberikan menerusi artikel kelmarin merujuk kepada top 10 album terlaris sepanjang pertengahan awal tahun 2021, maka beberapa album yang dikeluarkan selepas bulan Julai 2021 jauh sekali tersenarai. Oleh yang demikian, rekod yang dibuat oleh kumpulan berkenaan sebenarnya belum dicapai lagi dan bolehlah diabaikan. Kmania memohon maaf di atas kekhilafan tersebut.

Di dalam senarai album terlaris sepanjang tahun 2021 tersebut, BTS tetap unggul di hadapan dengan kutipan sebanyak 2,999,407 unit menerusi album mini EP dengan dua buah lagu saja, iaitu “Butter”. Pencapaian tersebut menyebabkan BTS mendominasi carta album tahunan Gaon untuk 5 tahun berturut-turut bermula tahun 2017 dengan “Love Yourself: Her”, dan “Map of The Soul 7” pada tahun sebelumnya.

Manakala pencapaian album ‘BE’ pula tidak boleh dipandang enteng. Berdasarkan kiraan yang lebih tepat, album “BE” yang dikeluarkan oleh BTS pada penghujung tahun 2020, tetap mampu memperoleh jumlah jualan album sebanyak 3,741,518 unit setakat ini masing-masing dengan posisi no. 2 dan no. 10 di dalam di carta album tahunan Gaon berlabel tahun 2020 dan 2021. Sekiranya, “BE” dikeluarkan lewat sedikit lagi pada awal tahun 2021, kemungkinan BTS akan memastikan penguasaan kedua-dua albumnya di tangga teratas kali ini.

Mengikuti BTS di tangga kedua ialah NCT 127 dengan album mini ketiga, ‘The Sticker’ dengan kutipan sebanyak 1,391,964 unit. Dua buah album SEVENTEEN, “Your Choice”yang dikeluarkan lebih awal empat bulan sebelum album mini kesembilan mereka, “Atacca” dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 turut berjaya tersenarai. Tiada kumpulan kpop perempuan tersenarai kali terakhir yang mana biasanya mampu dicapai oleh Blackpink atau TWICE di dalam tahun-tahun sebelumnya.

Berikut ialah senarai 10 album kpop terlaris di Korea sepanjang tahun 2021:
  1. Butter (BTS) – 2,999,407

2. Sticker (NCT 127) – 2,427,559

3. Hot Sauce (NCT DREAM) – 2,097,185

4. Attacca (SEVENTEEN) – 2,059,073

5. Universe (NCT) – 1,630,715

6. Your Choice (SEVENTEEN) – 1,462,405

7. Don`t Fight The Feeling : Special Album (EXO) – 1,326,189

8. No Easy (Stray Kids) – 1,303,106

9. Dimension : Dilemma (ENHYPEN) – 1,205,949

10. BE (BTS) – 1,049,496

loading...