Queendom musim ke-2 bakal temui penonton mulai tahun 2022

May be an image of ‎5 people and ‎text that says "‎COMEBACK BATTLE QUEEN DOM 컴백 컴백전쟁 전 ק‎"‎‎

Pihak produksi Mnet mengesahkan bahawa “Queendom” musim kedua bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut sumber yang dipercayai, krew produksi itu sedang bersiap-sedia untuk berunding dengan beberapa kumpulan kpop perempuan generasi ke-4 supaya mereka dapat tampil berentap di dalam rancangan realiti tv musim kedua itu. “Tarikh dan format masih belum diputuskan, ” kata sumber tersebut.

Baca sini: 6 kumpulan K-Pop wanita akan bersaing merebut gelaran ‘Ratu’ dalam program ‘survival’ terbaru “Queendom”; Perjuangan dalam ‘Queendom’ tak sia-sia, Mamamoo ketepikan Got7 raih jualan album terlaris di Korea minggu ini

Queendom musim pertama pada tahun 2019 berjaya meletakkan MAMAMOO sebagai pemenang dengan Park Bom, AOA, Lovelyz, Oh My Girl dan (G)I-DLE, antara peserta pertandingan. Populariti program itu turut mencetuskan  Queendom versi lelaki dengan The Boyz dinobatkan pemenang Kingdom manakala Stray Kids dinobatkan pemenang “Kingdom : The Lagendary War” kemudian.

Sumber: sport chosun

loading...