10 Pelakon Drama Korea paling bersinar sepanjang tahun 2021, menurut Gallup

May be an image of 2 people and flower

Kim Seon Ho terpilih sebagai pelakon paling bersinar sepanjang tahun 2021 di dalam satu kajian rawak ke atas 1,700 orang yang dibuat oleh Gallup baru-baru ini.

Kim Seon Ho menerusi drama tvN Hometown ChaChaCha mendapat undian tertinggi dengan peratusan sebanyak 7.8% mengatasi pencabar terdekat, Shin Min Ah dengan peratusan sebanyak 7.3%, juga pelakon daripada drama yang sama. Shin Min Ah selesa berada di tempat kedua, terikat kedudukannya dengan Lee Jung Jae, pelakon veteran yang popular atas aksinya di dalam drama Netflix Squid Game.

Berikut ialah 11 pelakon yang paling bersinar menurut Gallups:

1. Kim Seon Ho  (7.8%)

2. Shin Min Ah & Lee Jung Jae (7.3%)

3. Jun Ji Hyun (5.5%)

4. Song Hye Kyo (5.2%)

5. Kim So Yeon (5%)

6. Honey Lee (4.8%)

7. Jo Jung Suk (4.9%)

8. Nam Goong Min (4.5%)

9. Youn Yeo Jung (4.1%)

10. Song Joong Ki (4.1%)

Walaupun dihimpit dengan kontroversi baru-baru ini sehingga hampir menjahanamkan kariernya, Kim Seon Ho tetap mengekalkan kecemerlangan tersebut di Korea menjadikan dia pelakon paling popular sepanjang tahun 2021.

Sebelum ini, Kim Hee Ae, Park Bo Gum, Hyun Bin, Park Seo Joon, dan Son Ye Jin mendahului senarai itu pada tahun 2020.

Sumber: xsportnews

loading...