6 kumpulan K-Pop wanita akan bersaing merebut gelaran ‘Ratu’ dalam program ‘survival’ terbaru “Queendom”

“Queendom” merupakan satu lagi program ‘survival’ terbaru dari Mnet. Ia merupakan sebuah program ‘comeback battle show’ yang disertai oleh enam kumpulan K-Pop wanita yang akan membuat kemunculan semula di mana single-single mereka akan diriliskan secara serentak. 6 kumpulan tersebut akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama berdasarkan lagu siapa yang berjaya menguasai carta muzik.

“Queendom” akan dihoskan oleh Lee Da Hee dan Jang Sung Kyu. Antara peserta yang mengesahkan penglibatan mereka dalam program ini adalah  AOA, (G) I-DLE, Lovelyz, MAMAMOO, Oh My Girl dan Park Bom. Bertemakan pencarian sebenar tempat pertama atau “Finding the real No. 1”, rancangan ini akan menyaksikan siapa di antara mereka yang paling berjaya ‘comeback’ dengan single baru masing-masing.

Lee Da Hee 
Jang Sung Kyu

Ini dia poster rasmi para peserta “Queendom”

AOA

AOA atau Ace of Angels dianggotai oleh  Jimin, Yuna, Hyejeong, Seolhyun dan Chanmi yang bernaung di bawah agensi FNC Entertainment. AOA mula debut pada 2012 dan kali terakhir mengeluarkan album adalah pada May 2018 menerusi EP “Bingle Bangle”. “Excuse Me”, “Heart Attack” dan “Mini Skirt” adalah antara lagu hit kumpulan ini.

(G)IDLE

Kumpulan yang dilahirkan oleh Cube Entertainment ini mula debut pada May 2018. (G)IDLE dianggotai oleh Miyeon,Minnie, Soojin, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua. Antara lagu hit mereka adalah “Latata” dan “Hann (Alone)”. 2019 melihatkan mereka cuba menjengah pasaran di Jepun.

Lovelyz

Baby Soul, Jiae, Jisoo, Mijoo, Kei, Jin, Sujeong, dan Yein adalah ahli kumpulan Lovelyz. Mereka telah debut pada November 2014 di bawah agensi  Woollim Entertainment. Pada Mei lepas, Lovelyz telah mengeluarkan EP “Once Upon a Time” yang mengandungi enam buah lagu dan lagu “Beautiful Days” merupakan single utamanya.

MAMAMOO

MAMAMOO  terdiri dari empat orang ahli iaitu Solar, Moonbyul, Wheein, dan Hwasa.  MAMAMOO mula debut di bawah  Rainbow Bridge World menerusi single “Mr. Ambiguous”. Kumpulan ini baru sahaja meriliskan single berjudul “Gleam” pada 24 Julai lepas.

Oh My Girl

OH MY GIRL terdiri daripada 7 orang ahli selepas JinE meninggalkan kumpulan tersebut pada Oktober 2017 ekoran berdepan masalah kesihatan. Antara ahli kumpulan Oh My Girl adalah Hyojung, Mimi, YooA, Seunghee, Jiho, Binnie, dan Arin. Mereka mula debut pada April 2015, dengan  lagu “Cupid” yang dimuatkan dalam mini album sulung mereka “Oh My Girl” di bawah WM Entertainment. Baru-baru ini Oh My Girl kembali dengan album repackage musim panas “Fall In Love” pada 5 Ogos.

Park Bom

Park Bom merupakan bekas ahli 2NE1 yang telah dibubarkan pada November 2016 dan. Beliau kemudian meneruskan aktiviti secara solo menandatangani kontrak ekskusif dengan D-Nation Entertainment selepas meninggalkan YG Entertainment. Pada Mac 2019, Park Bom comeback dengan single “Spring” dan album repackage “Blue Rose” yang mengandungi lagu “4.44” pada Mei. Park Bom merupakan satu-satunya peserta secara solo yang menyertai rancangan “Queendom” ini.

“Queendom” akan disiarkan pada 29 Ogos ini pada jam 9.20 pm KST. Siapa diantara mereka yang berjaya menguasai carta muzik dengan single terbaru masing-masing? Jangan lupa ikuti “Queendom” untuk makluman lanjut.

loading...