“Kalau boleh, nak jadi Lee Shin balik” – Ju Ji Hoon mungkin akan bintangi ‘Princess Hours’ musim terbaru

May be an image of 3 people, people standing and text

Ju Ji Hoon mendedahkan kemungkinan untuk berlakon semula watak ‘Lee Shin’ jika diberi peluang membintangi drama ‘Princess Hours’ musim terbaru.

Di dalam temuduga bersama majalah Cosmopolitan, Ju Ji Hoon menjawab pertanyaan netizen tentang watak apakah yang beliau mahu lakonkan semula. “Princess Hours,” sebut Ju Ji Hoon secara ringkas.

“Bukankah sudah ada ura-ura ‘remake’ Princess Hours akan dibuat? ,” tanya krew produksi.

“Aku sudah terlalu tua untuknya, ” jawab Ju Ji Hoon sambil berseloroh.

“Kalau bolehlah. Yalah, masa tu pun, aku belum lagi cukup pengalaman. Kenapa tak cuba buat balik bila sudah matang sekarang, bukan? Ramai peminat nak tengok balik Ju Ji Hoon berlakon jadi budak remaja sekolah. Boleh dipertimbangkan,” tambahnya lagi.

MBC Princess Hours yang dibintangi oleh Yoon Eun Hye, Ju Ji Hoon, Kim Jung Hoon, dan Song Ji Hyo pada tahun 2006, adalah berkisarkan keadaan berlainan yang berlaku sekiranya Korea Selatan mengamalkan sistem demokrasi berpalimen. Watak utama, yakni putera mahkota dipaksa untuk berkahwin gadis kebanyakan yang dipilih oleh kerabat diraja. Manhwa tersebut yang diterbitkan pada 2003, meraih jualan mencecah jutaan unit di Korea dan Japan, selain diedarkan kepada 10 negara termasuklah Taiwan, Siam dan Perancis.

Baca lagi: Drama popular “Princess Hours” bakal dihasilkan semula selepas 15 tahun; Wonwoo SEVENTEEN disebut-sebut peminat mampu galas watak Lee Shin di dalam ‘remake’ Princess Hours nanti

Drama ini bukan saja menaikkan populariti Yoon Eun Eye, idol daripada kumpulan kpop perempuan Baby Vox, itu sebagai pelakon, malah juga pelakon Ju Ji Hoon yang kini lebih sinonim berkarya di dalam layar perak serta Song Ji Hyo yang kini amat dikenali atas penyertaannya di dalam sitkom SBS Running Man. Ia kemundiannya mencetuskan adaptasi yang sama di China, Thailand, dan Mexico dan putaran (“spin-off”) dengan nama lain “Goong S” yang dibintangi oleh Se7en.

Sebelum ini, Hwang In Yeop dan Wonwoo Seventeen disebut-sebut mampu menggalas watak Lee Shin di dalam ‘remake’ Princess Hours nanti. menerusi undian oleh peminat drama berkenaan.

Ju Ji Hoon baru saja selesai membintangi tvN Jirisan bersama Jung Ji Hyun, drama mistik berkaitan dengan misi menyelamat di kawasan pergunungan. Drama ini boleh ditonton menerusi iQIYI.

Sumber: sbs news

loading...