Park Min Young, Song Kang, Yura Girl’s Day, dan Yoon Park Sah bintangi drama romantik terbaru

Nampaknya, drama terbaru JTBC “Cruel Story of Office Romance” (terjemahan literal) telah menemui barisan pelakonnya.

“Cruel Story of Office Romance” adalah sebuah drama baru mengenai kerjaya, pekerjaan dan kehidupan cinta mereka yang bekerja di Bahagian Pentadbiran Meteorologi Korea, perkhidmatan ramalan cuaca nasional Korea.

Pada 21 Jun lalu, JTBC secara rasmi mengumumkan Park Min Young, Song Kang, Yura Girl’s Day, dan Yoon Park setuju untuk membintangi drama “Cruel Story of Office Romance” yang akan diarahkan oleh PD Cha Young Hoon yang pernah mengarahkan drama popular “When the Camellia Blooms”.

Park Min Young akan membawakan watak Jin Ha Kyung, seorang individu yang cerdas dan sangat teratur dalam pekerjaannya. Dia belajar segalanya dari buku dan berusaha keras menjaga kehidupan peribadi dan profesionalnya. Namun, kerana sikapnya yang dingin, hanya segelintir sahaja rakan sekerja yang sudi berkawan dengannya.

Sementara itu, Song Kang akan memegang watak sebagai Lee Si Woo, seorang yang bersemangat dan sering berfikir di luar kotak. Nampak sahaja kelihatan kekok, tapi dia memiliki IQ 150 yang mengagumkan dan mampu mencapai apa-apapun jika dia inginkannya. Namun begitu, apa yang paling dia ambil peduli hanyalah cuaca.

Yoon Park pula akan melakonkan watak Han Ki Joon,seorang lelaki tampan yang mempunyai daya pujukan yang luar biasa. Kerana kekuatannya, dia akhirnya mendapat posisi yang lebih baik setelah berjuang di awal kariernya di Pentadbiran Meteorologi Korea. Kerana kelebihannya itu, dia akhirnya mendapat jawatan yang lebih baik setelah berjuang di awal kariernya di Bahagian Pentadbiran Meteorologi Korea.

Yura akan memainkan peranan sebagai wartawan kaji cuaca, Chae Yoo Jin. Dia berusaha sekuat tenaga untuk menghasilkan berita utama dan berbagai liputan menarik, namun pada akhirnya dia ditempatkan di bahagian Cuaca dan Gaya Hidup.  Walaupun dia awalnya kecewa dengan tugas itu, dia akhirnya mulai menyukai pekerjaannya.

“Cruel Story of Office Romance” akan mula menjalani pengambaran pada musim panas ini dan dijadualkan untuk tayangan perdana awal tahun depan.

Sumber : Newsen

loading...